Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aliff Aziz Dapat Markah Tertinggi Minggu Pertama GV8, Adibah Noor Mohon Maaf Kepada Peminat

Aliff Aziz muncul di tempat pertama dengan perolehan markah tertinggi sebanyak 74.60%

by Khai Azfar
November 22, 2021
Share on Facebook

Tirai Gegar Vaganza 2021 atau juga dikenali sebagai Gegar Vaganza 8(GV8) telah pun membuka tirainya di Putrajaya International Centre (PICC) dengan menyaksikan 13 orang penyanyi popular pelbagai latar belakang membuat persembahan lagu hits mereka.

Gegar Vaganza Kembali ‘Hidup’

Lebih menghiburkan, Gegar Vaganza juga kembali ‘hidup’ dengan kemunculan wakil-wakil kelab peminat peserta selepas musim lalu diadakan tanpa penonton. Meskipun dalam skala kecil bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan namun dewan PICC tetap meriah dengan sokongan peminat. Malah, buat julung kalinya segmen Ada Lagu Ada Lagi memperlihatkan hanya empat orang peserta akan bergilir-gilir di atas pentas bagi mematuhi SOP.

Aliff Aziz Tertinggi

Via Azrul Rafie – Astro

Bagi minggu pertama, penyanyi Aliff Aziz yang membawakan lagu Sayang Sayang muncul di tempat pertama dengan perolehan markah tertinggi sebanyak 74.60% manakala pelantun Asmara Ini, Datuk Fazley Yaakob berada di kedudukan terakhir yang mendapat 53.60%

  1. Aliff Aziz – Sayang Sayang (74.60%)
  2. Adibah Noor – Terlalu Istimewa (73.00%)
  3. Bandi Amuk – Akar & Bumi (71.00%)
  4. Nikki Palikat – Caramu (68.20)
  5. Aweera – Romancinta (66.80%)
  6. Suki Low – Terlalu Mencintaimu -( 66.20%)
  7. Saiful Apek & Yassin(SAYa) – Aspalela & Cari Tapak (59.90%)
  8. Shidee – Semuanya Sudah Terlambat – (59.80%)
  9. Upiak Isil – Tak Tun Tuang – (59.30%)
  10. Ani Maiyuni – Sedap – (57.40%)
  11. Azan Scan – Kau Dipaksa Aku Terpaksa – (54.70%)
  12. Nico – Inilah Nasibku – (54.00%)
  13. Datuk Fazley Yaakob – Asmara Ini – (53.60%)

Adibah Noor Mohon Maaf

Dalam pada itu, Adibah Noor memohon maaf kepada peminat atas persembahan yang disifatkannya sendiri sebagai kurang memuaskan. Menurut Adibah, dia akui berasa terlalu gemuruh sehingga menganggu pernafasan dan penyampaiannya dalam lagu Terlalu Istimewa.

“Wahai peminat, sebelum tibanya giliran saya, saya masih okay, sekali sampai atas itu(pentas) gemuruh tahap gaban.

“Lama dah tak rasa perasaan itu. Jadi ia telah mengacau pernafasan dan penyampaian saya. Minta maaf. saya akan lakukan lebih baik lagi pada minggu hadapan. Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang anda” ciap Adibah di laman Twitter

Bagaimanapun, persembahan Adibah itu tetap mendapat ‘standing ovation’ di kalangan peminat dan rakan-rakan media yang hadir. GV8 diadili oleh tiga juri tetap terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.  Manakala Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih lagi dikekalkan sebagai hos untuk lapan musim berturut-turut.

Kontroversi Buat Hilang Kawan, Aliff Aziz Akui Hidup Pernah Gelap Namun Tetap Bangkit
adibah nooraliff azizGegar Vaganza 2021GV8
https://lomp.at/cx6xb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara