Pelakon, Rita Rudaini bersetuju apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan beberapa sektor diperketatkan sekiranya berlaku peningkatan kes COVID-19.
“Banyak Betui Sistem Sekarang”-Rita Rudaini
Menerusi Insta Stories, menyatakan pihak terlibat telah memperkenalkan terlalu banyak sistem namun tetap berbangga meskipun berada di dalam rumah.
“Banyak betul sistem sekarang..Semakin maju lah Malaysia sekarang. Tumpang bangga walaupun dok dalam rumah saja.”- ujar Rita
KKM Bakal Perkenal Sistem Amaran Berisiko Tinggi
Dalam perkembangan lain, dipetik dari laporan Harian Metro, KKM bakal memperkenalkan sistem amaran berisiko tinggi bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes Covid-19 dalam negara. Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memberitahu bahawa menerusi sistem tersebut KKM mencadangkan beberapa sektor diperketat sekirana berlaku peningkatan kes namun ia bukan sekatan pergerakan penuh.
“Kalau boleh kita mahu elak sekatan pergerakan, sebab sekatan pergerakan ini bukan hanya mengganggu ekonomi tetapi memberi kesan yang lain, kesan kesejahteraan keluarga dan kesihatan mental.
Saya rasa rakyat mungkin tidak boleh menghadapi satu lagi pergerakan.”Kata Khairy Jamaluddin kepada Harian metro
Apa pendapat anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.