Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Netizen Pelik Macam Mana Pemilik Baker’s Cottage Boleh Jual Ayam Panggang Murah

Ayam panggang Baker's Cottage dijual lebih murah dari restoran terkenal dan kedai tepi jalan

by Puteri Alia
November 22, 2021
Foto - Kalori Makanan

Foto - Kalori Makanan

2.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial mengenai harga ayam panggang seekor dari Baker’s Cottage, dikatakan lebih murah berbanding yang dijual oleh restoran atau kedai tepi jalan.

Pelik Harga Murah Sangat

Isu harga ayam panggang yang dijual Baker’s Cottage ini mendapat perhatian orang ramai di Twitter, rata-rata ramai yang tertanya-tanya bagaimana pemilik kedai ini mengaut keuntungan jika jual ayam panggang dengan harga yang sangat murah.

Foto – Twitter @acaiijawe/Instagram @bakerscottagemy

“Terfikir camne peniaga lain nak lawan harga ayam golek Baker’s Cottage ni.

Ayam Golek tepi jalan: RM18-25

Ayamas: RM26

Kenny Rogers: RM37

Chicken Rice Shop: RM59

Baker’s Cottage: RM12!

Kos ayam mentah seekor saiz ni lagi mahal dari RM15 (baru beli ayam semalam).” Komen pengguna Twitter

Miliki Ladang Ayam Sendiri

Melihat ada dikalangan warganet yang bertanya mengenai hal tersebut, terdapat pengguna media sosial berkongsikan serba sedikit maklumat di mana pemilik outlet kegemaran ramai ini sebenarnya memiliki ladang ayam sendiri.

Jadi tidak hairanlah, harga ayam panggang yang dijual sangat murah berbanding restoran atau kedai yang menjual ayam panggang yang lain.

Foto – Twitter @f15teen15/@muazamhadi

“Pemilik Baker’s Cottage, Leong Hup miliki ladang ayam.”

“Baker’s Cottage dimiliki oleh Leong Hup yang merupakan antara pemilik ladang ayam terbesar di negara. Harga yang berpatutan, terus daripada kilang. Bagus juga macam tu.” Komen pengguna Twitter lagi

Netizen Tergamam Bila Tahu ‘Rahsia’ Jual Murah

Menerusi penjelasan dari beberapa pengguna media sosial tersebut, membuatkan orang ramai berasa terkejut dan menganalisa hal tersebut yang ianya logik jika pemilik outlet tersebut menjual ayam panggang murah kerana miliki ladang ayam sendiri.

Foto -Twitter

“Makanan dia buat sendiri, ayam dia keluarkan sendiri. In fact Ayamas (KFC) keluarkan PS dari Leong Hup sebab dia tak ada GPS. Jadi boleh sangat nak jual harga murah.”

“Saya selalu tertanya macam mana nak buat untung jual ayam golek harga RM11.90… Sekarang saya tahu kenapa.”

“Nasi ayam buat sendiri tapi beli ayam dekat Baker’s Cottage, jimat masa dan wang. Nasi, sup, dengan sos buat sendiri sebab lagi sedap.” Komen warganet lagi

Wow, tak sangka murah betul ayam panggangnya!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
ayam golekayam panggangbaker's cottage
https://lomp.at/uhbhy
Share924Tweet577SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem