Thursday, September 21, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Program Sukarelawan YADIM Selebriti Mampu Didik Artis Jadi Pendakwah

by Phic ARMAN
November 23, 2021
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menubuhkan Sukarelawan YADIM (SAY) bagi membantu menggerakkan program kebajikan yang dianjurkan. Bagi menggalakkan penyertaan dalam kalangan anak-anak muda, YADIM turut menggunakan inisiatif dengan memperkenal individu yang berpengaruh di laman sosial mahupun golongan selebriti sebagai ikon untuk menarik lebih ramai sukarelawan untuk menyertai Yadim.

Pada 2 oktober yang lalu Program Sukarelawan YADIM bersama selebriti telah disertai oleh penyanyi Aiman Tino dan penyampai berita RTM, Khai Arba. Khabarnya, beberapa orang selebriti terkenal tanahair telah menunjukkan minat untuk menyertai program Sukarelawan YADIM akan datang, antaranya Khai Bahar, Rahmad Mega, Daniesh Sufian, Shafeek Ikhwan dan ramai lagi.

Terdahulu, Aiman dan Khai menyertai badan ini menyantuni golongan yang memerlukan di Tanjung Dahan Melaka dengan menggunakan konsep pasar terbuka.

Sebanyak 150 ekor ayam, 150 set sayuran dan 150 set barangan keperluan harian seperti telur, beras,  bawang dan sebagainya diserahkan pada majlis ini. Sebenarnya, bantuan makanan sebagai sebahagian daripada strategi berterusannya untuk membantu mereka yang terkesan dari segi kewangan berikutan pandemik yang berpanjangan ini.

Menurut Ketua Penyelaras Sukarelawan Yadim Selebriti, Muzafar Abd Rahim,  YADIM sedang merancang beberapa program di beberapa buah negeri termasuklah, Perlis, Kedah, Sabah dan banyak lagi melibatkan program kebajikan dan dakwah.

“Kami telah pun menyenarai pendek beberapa selebriti terkenal untuk menyertai Sukarelawan Yadim Selebriti, sekaligus menggalakkan penyertaan dalam kalangan anak-anak muda menjadi sukarelawan YADIM”- katanya

Beliau turut berkongsi pengalaman beberapa selebriti yang pernah menyertai Sukarelawan Yadim Selebriti. Katanya, kebanyakkan mereka meluahkan rasa bersyukur dan mengakui mengalami perubahan dalam diri mereka, sekaligus dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

Bagi selebriti yang terbabit dengan aktiviti menghulur bantuan ini, pastinya mereka lebih dekat dengan golongan yang memerlukan itu. Ini kerana, dari apa yang difahamkan ramai antara mereka menerima kiriman mesej di media sosial setiap hari meminta bantuan selama pandemik ini.

Dengan melibatkan diri dalam beberapa Program Sukarelawan YADIM, mereka berpeluang dapat mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan memberi sumbangan sambil berdakwah.

Jadi kepada mereka yang belum menyertai peserta sukarelawan YADIM, jom sertai sekarang dengan mengisi borang di sini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER aiman tinoDaniesh Sufiankhai baharRahmad megaShafeek Ikhwan
Share12Tweet7SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Ameera Khan Dituduh Berjudi Lumba Kuda, Ibu Neelofa Akui Anaknya Pandai Jaga Diri Meskipun Pernah Ke Tempat Tidak Baik
Lokal

Ameera Khan Dituduh Berjudi Lumba Kuda, Ibu Neelofa Akui Anaknya Pandai Jaga Diri Meskipun Pernah Ke Tempat Tidak Baik

by Puteri Alia
September 21, 2023
Netizen Terhibur Lihat Nadhir Nasar & Mierul Aiman Menari-“Suka Duduk Dalam Dunia Sendiri”
Lokal

Netizen Terhibur Lihat Nadhir Nasar & Mierul Aiman Menari-“Suka Duduk Dalam Dunia Sendiri”

by Jash Lee
September 21, 2023
Netizen Samakan Wajah Hun Haqeem & Daiyan Trisha!-“Mungkin Jodoh Diorang?”
Lokal

Netizen Samakan Wajah Hun Haqeem & Daiyan Trisha!-“Mungkin Jodoh Diorang?”

by Jash Lee
September 21, 2023
Kedutan Pada Bahagian Mata Nabila Razali Raih Bualan Ramai!-“Biasalah Human Aging, Nak Tegang Sampai Bila?”
Lokal

Kedutan Pada Bahagian Mata Nabila Razali Raih Bualan Ramai!-“Biasalah Human Aging, Nak Tegang Sampai Bila?”

by Jash Lee
September 21, 2023
[VIDEO] Datin Alyah Sakat Tok Ram, Ada Yang ‘Sentap’?
Lokal

[VIDEO] Datin Alyah Sakat Tok Ram, Ada Yang ‘Sentap’?

by Naddy Joe
September 21, 2023
[VIDEO] Noh Salleh Terdetik Mahu Bersara Dari Industri?-“Tak Tahu Mampu Atau Tidak Untuk…”
Gossip

[VIDEO] Noh Salleh Terdetik Mahu Bersara Dari Industri?-“Tak Tahu Mampu Atau Tidak Untuk…”

by Naddy Joe
September 21, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kehilangan Membuatkan Pasangan Lebih Menghargai, Diana Danielle Dan Farid Kamil Bagaikan Dilamun Cinta Semula

  2. 2

    “Sebiji Muka Julia Rais”- Wajah Terkini Puteri Pahang Ketika Jelajah Borneo Cetus Teruja Netizen

  3. 3

    [VIDEO] Que Haidar Tonton Persembahan Ballet Tengku Ratu, Peminat Teruja!-“Macam Barbie..”

  4. 4

    Ning Baizura Titip Pesan & Doa Untuk Diana Danielle & Farid Kamil,-“Kamu Berdua Bertuah…”

  5. 5

    [VIDEO] Rosix Kantoikan Status Terkini Rakan Baik?-“Cantiknya Miss Noor Nabila”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan