Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Bila Filem Pontianak Harum Sundal Malam 3 Nak Siap? Ini Respon Maya Karin

by Zaidin Albert
November 24, 2021
598
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah benar filem seram ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ bakal menghasilkan sekuel yang ketiga. Namun yang pastinya, aktres jelita Maya Karin mengesahkan dia telah pun ditawarkan oleh pengarah, Shuhaimi Baba namun penggambaran masih belum di jalankan lagi.

Masih Mengumpulkan Dana

Aktres berusia 42 tahun itu sangat teruja untuk bekerjasama kembali dengan Shuhaimi Baba dalam filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam 3’. Walaubagaimanapun, dia berkata pihak produksi memerlukan lebih masa sedikit untuk mengumpul dana dalam pembikinan filem ini.

“Ya, sudah tentu saya mahu bekerjasama semula dengan Shuhaimi Baba. Akan ada filem “Pontianak Harum Sundal Malam 3″. Belum mula lagi penggambaran, kerana Shuhaimi Baba sedang mengumpul dana untuk pembikinan filem ini. Tapi ilham, skrip semua dah siap. Saya pun dah terima dan bersetuju dengan tawaran dari Shuhaimi Baba”- katanya,

Terdahulu, siri filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ arahan Shuhaimi Baba itu berjaya menerima sambutan yang amat menggalakkan serta mendapat pengiktirafan semasa di festival filem tempatan dan luar negera.

Foto: Instagram @wartawanhiburan

Perkongsian Maya ini dibuat dalam sesi temu bual secara live di Instagram @wartawanhiburan yang diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.  Maya yang merupakan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali itu.

Sekadar info, dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Maya merupakan individu di dalam industri seni Malaysia dan menjadi pemegang pertama untuk sebuah rekod iaitu sebagai aktres wanita di Malaysia.

Foto: Instagram @maya_karin

Maya memegang rekod untuk seseorang pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik sebanyak 11 kali dan beliau ialah dikalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Beliau juga merupakan satu daripada dua pelakon wanita Malaysia dan juga sebagai yang pertama telah berjaya memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik.

[VIDEO] Senyuman Siti Nurhaliza & Maya Karin, Curi Tumpuan Ramai!
What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
maya karinPontianak Harum Sundal Malam
https://lomp.at/bsddw
Share239Tweet150SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem