Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Gigih Aibkan Asnaf Untuk ‘Content’! Ustaz Yaakub Yusra Kongsi Cara ‘Lebih Ikhlas’

Tindakan tersebut telah dibuat oleh sesetengah pihak pelbagai latar belakang yang kurang bertanggungjawab

by Khai Azfar
November 24, 2021
297
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika diperhatikan, sejak kebelakangan ini kesusahan golongan asnaf seringkali dipamer dan maruah mereka pula dijaja sebagai isi kandungan media sosial. Tindakan tersebut telah dibuat oleh sesetengah pihak pelbagai latar belakang yang kurang bertanggungjawab tanpa memikirkan kemungkinan yang terpaksa dihadapi mereka terutamanya tekanan dari keluarga

Aib Asnaf Demi ‘Content’

Meskipun golongan ini wajar diberikan perhatian dan diuar-uarkan kewujudan mereka dalam masyarakat, namun itu tidak bererti aib mereka sewenangnya dijaja. Pandangan yang sama turut diberikan oleh Ustaz Yaakub Yusra Mohd Yusoff menerusi perkongsian sebuah video.

Menariknya, perkongsian Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) berhubung topik aib golongan asnaf yang dimuat naik baru-baru ini mendapat reaksi pelbagai pihak sehingga tular di media sosial.

“Dia bagi bantuan tapi point dia mengaibkan. Saya yakin orang susah pun tak nak dimalukan, diaibkan tetapi kadang-kadang mereka terpaksa (menerima). Ya, Islam mengajar kita tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima tetapi janganlah memberi itu mendapat kredit dan yang menerima itu mendapat malu atau aib. Mereka juga ada maruah

“Ambil pengajaran, memberi itu tidak salah tetapi memberilah dalam keadaan tidak mencalarkan maruah orang lain Insyallah” pesan Yaakub

ATM Beras, Rice for Asnaf

Di kesempatan itu, Yaakub turut menunjukkan cara-cara menggunakan mesin ATM beras, Rice for Asnaf yang dicipta oleh MADAD khusus untuk golongan berkenaan. Menurutnya, mesin tersebut akan diletakkan di kawasan tertentu seperti masjid secara percuma. Untuk mendapatkan beras tersebut, golongan Asnaf perlu mendapatkan kad yang berdaftar pada ahli jawatankuasa masjid atau mereka yang mempunyai ‘kuasa’.

Jelas Yaakub lagi setiap mesin tersebut mampu menampung lebih dari 200 kilogram beras pada satu masa. Buat mereka yang ingin menghulurkan bantuan, Yaakub turut menjelaskan caranya di dalam video tersebut.

“anda tidak perlu keluarkan duit. Buat anda yang mampu cuma pergi hantar beras pada mesin tersebut” katanya lagi

Dalam pada itu, Yaakub turut berharap agar mesin ATM beras tersebut dapat memberikan manfaat kepada orang ramai untuk ke arah sifar kelaparan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ustaz Yaakub Yusra
https://lomp.at/4sxkv
Share119Tweet74SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem