Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“I Feel You” – Sissy Iman Dedah Muka Pernah Dipenuhi Jerawat, Peminat Kongsi Pengalaman

Melihat foto wajah Sissy Iman penuh jerawat,peminat turut berkongsi kisah dan ingin tahu 'skincare' yang digunakan

by Puteri Alia
November 25, 2021
Foto - Instagram @sissyimann

Foto - Instagram @sissyimann

98
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi popular tanah air, Sissy Iman baru-baru ini berkongsi beberapa foto dirinya suatu ketika dahulu. Foto yang dikongsi itu turut memperlihatkan dirinya mengalami masalah kulit pada tiga tahun lalu sekaligus menarik perhatian orang ramai di media sosial.

3 Tahun Yang Menyakitkan

Menurut Sissy, dia mengalami masalah jerawat yang sangat teruk pada tahun 2019 hingga 2021. Malah ada ketikanya dia menangis mengenangkan masalahnya itu.

Foto – Instagram @sissyimann

“Tengah bersihkan galeri, jumpa pula gambar-gambar ni.

Circa 2019-2020-2021

Saya fikir kebanyakan anda semua tahu, beberapa tahun lalu pada 2019, Sissy ada kongsi video Sissy nangis sebab kulit teruk dan teka apa? Ianya tak baik, malah jadi lebih teruk bertahun selepas itu sampai lah ke pertengahan tahun ni.” Kongsinya

Kena ‘Reject’ Sebab Muka Berjerawat

Dalam perkongsian Sissy di Instagram, penyanyi berbakat ini mendedahkan perkara paling menyakitkan bagi wanita adalah cinta yang ditolak kerana masalah kulit . Selain itu, terdapat tanggapan mereka yang alami masalah seperti ini adalah seorang yang pengotor  kerana dikatakan sengaja membiarkan kulit jadi seperti itu.

Menurut Sissy walaupun mukanya alami masalah kulit berjerawat yang teruk hingga tidak boleh dilindungi dengan solekan, namun dirinya terus bertahan sehingga kulit kembali sihat dan licin seperti hari ini.

Di kesempatan itu, Sissy menitipkan pesanan buat wanita yang pernah mengalami masalah sepertinya, untuk tidak buntu dengan keadaan tersebut.

Foto – Instagram @sissyimann

“Benda paling sakit sebenarnya adalah bila kita kena reject sebab rupa/kulit. Dah berapa kali hati ni macam disiat bila orang ingat kita tak buat pape untuk jaga kulit. Orang ingat kita pengotor sebab biar ja kulit gitu.

Hakikatnya dah berapa banyak produk kita campak masuk tong sampah walaupun tak habis pakai sebab tak sesuai dengan muka kita.

Cover lah pakai mekap? Mekap pun sampai tak boleh cover buncit-buncit jerawat toh. Letak setitis foundation pun rasa gatal, pedih.. Maka gigih lah download macam-macam filter nak kasi diri nampak konon flawless.

Tapi saya berjaya laluinya, kulit dah baik sekarang tapi saya tak tahu kalau dia kembali pulang ke state dulu. Doakan tidak, sebab perit guys.

Jadi kalau rupa korang macam gambar kat atas ni dan selalu persoalkan “Siapa namaku padamu” pada orang yang korang sayang,

Sissy nak bagitahu korang, macam mana pun condition kulit korang. Korang tetap Bintang, bukan Buntu. Tak perlu dipersoalkan cinta yang bergantung pada rupa toh. Tinggalkan kalau ia terlalu menyiksakan.

Tanpa gelap malam, Manakan zahir gemerlap bintang. Take your time untuk sembuh bintang, dengan atau tanpa jerawat, shine on.” Kongsi Sissy lagi

Netizen Kongsi Kisah 

Melihat gambar penyanyi bersuara merdu ini pernah alami wajah breakout dan penuh berjerawat, membuatkan warganet berkongsi cerita dan pengalaman sama sepertinya. Selain itu, terdapat juga persoalan mengenai  produk penjagaan kulit yang digunakan oleh Sissy.

Foto – Instagram @sissyimann

“Saya pun pernah rasa muka breakout teruk.. Sangat-sangat teruk + sakit.. 2012-2013.. Emosi pun sangat down.. Jumpa doktor.. Macam-macam ubat.. Mungkin masa tu hormon tak stabil dan masih muda.”

“Pernah dulu kulit muka saya macam ni masa sekolah.. Orang pun pandang serong ja kat kita.. Masa sekolah mana ada duit nak beli skincare.. Lepas habis sekolah, kerja kejap cari duit untuk beli skincare.. Alhamdulillah sekarang kulit dah ok cuma tinggal bekas je lah sikit.”

“I feel you! Pernah rasainya sebelum ni.”

“Kalau tak kisah, kongsilah macam mana recovery dalam kulit yang sihat”

“Hai sis.. Sekarang guna skincare apa ya..” Komen warganet

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Jerawatsissy iman
https://lomp.at/3vn5c
Share39Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem