Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Terharu Dengan Layanan Diterima, Vivy Yusof Hadiahkan dUCK Kepada Petugas Hospital

Kongsi rezeki dengan petugas hospital sebagai tanda penghargaan kerana menjaganya sepanjang di hospital

by Mas Ayu
November 26, 2021
Foto - Instagram @vivyyusof

Foto - Instagram @vivyyusof

1.2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan terkenal tanah air, Datin Vivy Yusof yang baru sahaja selamat melahirkan anak keempatnya pada hari Isnin lalu, meluahkan rasa terharu terhadap petugas hospital kerana menjaganya dengan begitu baik.

Terharu Dengan Dedikasi Petugas Hospital

Dalam perkongsiannya di Instagram, Vivy memuatnaik beberapa gambar bersama staf hospital yang menjaganya di wad bersalin. Menurut ibu kepada empat cahaya mata ini, dirinya terharu dengan sokongan dan bantuan yang diberi oleh mereka tatkala dirinya berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya setelah melahirkan anaknya.

Foto – Instagram @vivyyusof

“Tiada apa yang lebih rendah selain berasa tidak berdaya dan lemah di hospital.

Malam pertama selepas melahirkan anak, saya berasa sangat lemah. Saya tak berhenti menggeletar dan darah saya menitik ketika berjalan ke bilik air.

Jururawat bantu saya sampai habis, melihat saya dalam keadaan teruk tanpa sebarang penilaian.

Dan ini adalah apa yang mereka lakukan setiap hari dalam kerja mereka, bukan saya saja tapi kepada setiap pesakit yang datang.

Semoga Tuhan berikan anda Jannah suatu hari nanti, petugas barisan hadapan kita kerana  kita manusia pasti tak dapat balas segala yang anda lakukan pada masyarakat.

Terima kasih kepada staf wad bersalin di @kpjdamansarahospital untuk SEGALANYA” Luahnya

Dalam beberapa gambar yang dimuatnaik Vivy di Instagram, menunjukan usahawan berwajah manis ini memberikan beg berisi produk dUCK dan juga kad ucapan terima kasih yang ditulis sendiri olehnya.

Foto – Instagram @vivyyusof

Peminat Kagum Dengan Sifat Pemurah Vivy

Melihat gambar-gambar dan kapsyen yang dikongsikan oleh usahawan terkenal ini, ramai pengikut memberi komen positif dan meluahkan rasa kagum terhadap sifat pemurahnya.

Foto – Instagram @vivyyusof

“MasyaAllah, semua staf dapat hadiah dari @vivyyusof seperti yang dahulu Vivy lahirkan anak yang ketiga juga.”

“Selamat berpantang @vivyyusof”

“Anda boleh kembali semula untuk bersalin anak No. 5 tahun depan cik Vy.”

“Subhanallah, ameen. Semoga Allah rahmati setiap dari kamu wahai petugas barisan hadapan, sama juga untuk Mommy Idris!”

“Anda buatkan hidup mereka sangat gembira sepenuhnya. Sekeping kad terima kasih dan barang dUCk sebagai hadiah penghargaan. Saya harap di masa akan datang, ramai pesakit lain buat seperti ini juga. Sekeping kad TERIMA KASIH sudah cukup buatkan mereka gembira atau hadiah sebagai bonus.” Komen mereka

Foto – Instagram @vivyyusof

“Anda salah seorang yang baik @vivyyusof”

“Syukur masih dapat berkongsi rezeki.”

“Vivy pemurah. Salah satu perkara baik yang anda akan diingati. Selamat berpantang Vy..”

“Murah rezeki anda Vy. Selalu memberi. Semoga Allah rahmati anda dan keluarga besar anda.” Komen mereka lagi

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Duckfrontlinersvivy yusof
Share491Tweet307SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?
Lokal

Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?

by Aphit J.
February 5, 2023
Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”
Lokal

Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

by Phic ARMAN
February 3, 2023
Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?
Lokal

Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?

by Phic ARMAN
February 3, 2023
‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?
Lokal

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

by Zaidin Albert
February 2, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  3. 3

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan