Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

GV 8 : Peserta Mengalirkan Airmata, Nabil Ahmad Pun Sebak!

Antaranya seperti Datuk Fazley Yaakob, Nikki Palikat dan Ani Maiyuni

by Khai Azfar
November 29, 2021
4.8k
KONGSIAN
Share on Facebook

Minggu kedua Gegar Vaganza 8 (GV8) sekali lagi menyaksikan penyanyi Aliff Aziz menduduki tangga teratas mengalahkan 12 peserta yang lain.

Aliff Juara Dua Minggu Berturut-Turut 

Aliff yang mendendangkan lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal kumpulan dari seberang, PADI selesa dengan perolehan markah tertinggi sebanyak 81.00% manakala kumpulan NICO G berada di kedudukan terakhir dengan markah sebanyak 52.90%.

Minggu kedua yang bertemakan ‘Masih Aku Terasa’ (lagu-lagu dalam forte sendiri) turut menyaksikan beberapa orang peserta GV8 gagal menahan sebak. Antaranya seperti Datuk Fazley Yaakob, Nikki Palikat dan Ani Maiyuni yang punyai kisah tersendiri dalam menyampaikan lagu mereka.

Via Hai Selebriti

Suasana Jadi Hiba

Malah suasana di dalam Dewan A Putrajaya International Convention Centre (PICC) turut menjadi hiba apabila persembahan Fazley mendendangkan Laguku Untukmu nyanyian asal Hasnol memperlihatkan para penari membuka kain yang menutupi potret-potret selebriti popular tanah air termasuk peserta GV sebelum ini yang telah pergi buat selama-lamanya. Mereka terdiri daripada arwah Datuk Nassier Wahab, Siti Sarah, Maya, Mamat Khalid dan bapa Fazley, Datuk Yaakob Mohammad.

View this post on Instagram

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Pada segmen Farm Fresh Kongsi Rezeki, hos GV8 iaitu Nabil Ahmad kelihatan sebak menonton montaj video anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19.

Markah Penuh Gegar Vaganza 8 Minggu 2

  1. Aliff Aziz (Kasih Tak Sampai) – 81.00%
  2. Adibah Noor (Istana Menanti) – 72.80%
  3. Nikki Palikat (Drama) – 71.70%
  4. Suki Łow (Kisah Cinta Kita) – 69.70%
  5. Upiak Isil (Parah) – 69.60%
  6. Sa.Ya (Gerhana) – 66.20%
  7. Aweera (Andai Ku Bercinta Lagi) – 64.70%
  8. Shidee (Malam) – 61.10%
  9. Bandi Amuk (Untukmu Sayang) – 60.80%
  10. Azan Scan (Sekelip Mata Kau Berubah) – 60.00%
  11. Ani Maiyuni (Selangit) – 56.70%
  12. Fazley Yaakob (Laguku Untukmu) – 56.00%
  13. Nico-G (Kaulah Gadisku) – 52.90%
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Gegar Vaganza 2021GV8
https://lomp.at/km4ma
Share1938Tweet1211SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem