Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Zeel Production Nafi Lantik Pihak Luar Cari Penaja Untuk Pengambaran

Syarikat produksi terkenal ini memaklumkan tidak pernah melantik mana-mana pihak luar bagi urusan rasmi

by Puteri Alia
November 29, 2021
Foto - Suara Merdeka

Foto - Suara Merdeka

60
KONGSIAN
Share on Facebook

Syarikat produksi terkenal tanah air, Zeel Production Sdn Bhd dihujani dengan pelbagai aduan dari orang ramai gara-gara terdapat pihak-pihak tertentu yang menggunapakai nama syarikat tersebut bagi mencari penaja untuk tujuan penggambaran.

Tidak Pernah Lantik Mana-Mana Pihak Luar

Berikutan itu, pihak produksi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengulas isu yang sedang hangat diperkatakan tersebut. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan di Instagram Zeel Production, syarikat tersebut tidak pernah melantik mana-mana pihak luar untuk berbuat demikian.

Sebarang urusan tajaan diuruskan oleh pihak pengurusan Zeel Production sendiri dan dalam masa yang masa, syarikat penerbit terkenal ini memohon agar mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan atas nama Zeel Production.

Foto – Instagram @zeelproduction

“Assalamualaikum wbt.

Zeel Production telah menerima aduan daripada orang ramai yang mengatakan ada pihak-pihak tertentu telah menggunakan nama syarikat Zeel Productio untuk mencari penaja dan bantuan penggambaran seperti tajaan makanan, pakaian, wang dan lain-lain.

Adalah dimaklumkan bahawa Zeel Production tidak pernah melantik mana-mana pihak luar untuk berbuat demikian. Sebarang urusan rasmi termasuk urusan penaja dikelola oleh pihak pengurusan Zeel Production sendiri.

Kami memohon agar tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan, menipu atau memperdayakan perniagaan orang lain atas nama Zeel Production. Kami mengharapkan orang ramai berhati-hati selepas ini. Kami di Zeel Production sentiasa menyokong penuh para peniaga dan pengusaha bisnes.

Sebarang pertanyaan berkenaan tajaan atau jika anda menjadi mangsa penipuan. Boleh berhubung terus dengan:

En Fendi – 012-2552011

En Fahmi -+60 17-5176727

Sekian, terima kasih.” Jelas pihak syarikat

Para peniaga perlu lebih berhati-hati, apa-apa urusan penting berhubung terus dengan pihak syarikat bukan dari orang tengah!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
PenajaZeel Production
https://lomp.at/hfwx9
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem