Tuesday, June 6, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[ VIDEO] Nikky Palikat Sebak, Tak Sangka Penampilan Persembahan Persis Arwah Yanie

Sebagai info, ini adalah pertama kali Nikki bawakan lagu Drama secara solo

by Khai Azfar
November 29, 2021
555
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum memulakan persembahan lagu Drama, penyanyi Nikki Palikat kelihatan beberapa kali mengelap airmata nya berikutan sebak menonton montaj video perkongsian  mengenai lagu tersebut. Untuk rekod, Drama merupakan trio nyanyiannya bersama Ning Baizura dan Allahyarham Yanie yang mula debut pada tahun 2005.

Nikki Akui Beremosi 

Berkongsi dengan lebih lanjut, Nikki ketika ditemui Murai.my berkata sebelum membuat persembahan dia menjadi sangat beremosi kerana teringatkan kembali kenangan bersama arwah Yanie. Akui Nikki, dia berasa ralat kerana beranggapan penyakit rakan sejawatnya itu tidak serius.

“Saya tak sangka yang saya boleh sangat beremosi ketika itu. Tapi bila bercakap kali terakhir mengenai Yanie, saya teringat balik semua kenangan bersama nya. Malah suara dia ketika sakit, batuk-batuk pun saya masih ingat. Dia ada radang paru-paru. Itu yang saya terkilan sebab sebelum ini saya tak pernah ambil berat pasal itu sebab saya ingat itu batuk biasa. Saya tak sangka itu akan menjadi serius .

“Dia ada anak kecil masa itu dan saya pun ada anak. Jadi saya teringatkan anak dia macam mana kehilangan seorang ibu. Bila fikir balik itu tersangatlah ‘sakit'” kata Nikki kepada Murai.my

Bagaimanapun, menurut Nikki persembahannya malam tadi (Ahad) sedikit sebanyak dapat membantunya melepaskan segala apa yang terluah di dalam fikiran termasuk hajat yang tidak kesampaian bersama arwah.

“Dia pergi dalam keadaan mengejut. Saya tak sempat nak ucapkan selamat tinggal, apa yang saya rasa dan berterima kasih kepadanya. Dia banyak tolong saya. Kenangan itu sebenarnya banyak mengacau fikiran sejak kebelakangan ini.

Tetapi saya rasa persembahan malam ini sedikit sebanyak dapat membantu saya mengatasinya termasuk perkara-perkara yang tidak kesampaian itu” katanya lagi

Tak Sangka Penampilan Persembahan Persis Arwah Yanie

Dalam pada itu, Yanie berkata imejnya kali ini juga berlaku secara tidak sengaja menyamai kegemaran arwah Yanie. Malah, ia berlaku pada awal pagi sebelum membuat persembahan apabila dia sekilas pandang melihat cermin dan teringatkan pada rakannya itu.

“Sebenarnya bila saya tengok dekat cermin tadi, tak sengaja seperti Yanie. Tetapi memang ini adalah penampilan arwah Yanie dulu. Dia suka buat gaya rambut ‘ponnytail’ sebab muka dia kan cantik dan kecil. Baju pun memang dia suka fitting yang macam ini dan skirt labuh. Ini berlaku secara tidak sengaja.

Dari pagi, bila saya bangun dan teringat yang saya akan bawakan lagu ini, saya seperti sudah bercakap dengan arwah Yanie. Saya cakap bila atas pentas nanti, hadirlah sama-sama” dedah Nikki

foto via astro/azrul rafie

Sebagai info, ini adalah pertama kali Nikki bawakan lagu Drama secara solo dan sebelum membuat persembahan di pentas GV, Nikki turut menerima kata-kata semangat dari penyanyi senior yang juga mentor nya, Ning Baizura. Dalam minggu kedua GV8, Yanie menduduki tempat ketiga dengan perolehan markah sebanyak 71.70%.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Nikki Palikatyanie mentor
Share222Tweet139SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Nikki Palikat Anggap Perceraian Bukannya Bermakna Dia Gagal

by Zaidin Albert
June 27, 2022
Lokal

[VIDEO] Nikki Palikat Sebak Nyanyi Lagu Sudah, Teringat Arwah Siti Sarah

by Khai Azfar
March 29, 2022
Musik

“Jiwanya Tetap Kuat & Menyinar”- Lagu Terakhir Arwah Siti Sarah Diberikan Kepada Nikki Palikat

by Khai Azfar
March 23, 2022
Lokal

Sampai Terpaksa Buat ‘Flight Mode’! Nikki Palikat Terharu Nama Trending Di Media Sosial

by Khai Azfar
January 24, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  2. 2

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

  5. 5

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan