Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dituduh Tidak Berpantang Secara Tradisional, Ernie Zakri Pertahan Maryam ‘Durian Kimchi’

 Ryzal turut menitipkan harapan agar tidak ada individu yang akan memaksa isterinya

by Naddy Joe
December 1, 2021
Share on Facebook

Penyanyi, Ernie Zakri tampil mempertahankan pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam . Ia berikutan  seorang netizen di laman Facebook mempersoalkan pasangan muda itu berasa bangga berkongsi aktiviti bersiar-siar selepas Maryam baru sahaja selepas bersalin dan dikatakan tidak berpantang secara tradisional dengan betul.

“Pasangan muda di zaman ini..Bangga sangat tayang diri baru lepas bersalin dah boleh jalan dengan lancar, makan ikut suka..Lepas rambut ikut suka tak pakai stokin, ikut suka pakai seluar.

Yang tak mau jaga pantang tu tengok je nanti umur muda lagi kena berjuang korbankan duit banyak untuk dapatkan tubuh badan sihat dan cantik”- Komen netizen yang dikenali sebagai  Intan Haikal

Tidak Boleh Paksa Ikut Adat Tempatan

Dalam pada itu, Ernie mempertahankan Maryam kerana figura itu merupakan seorang wanita warga Korea dan tidak boleh dipaksa untuk mengikuti adat tradisional tempatan.

“Tapi..Dia kan Korean..Mana boleh dipaksa adat kita..Yang penting tubuh badan sihat, tahulah mereka jaga diri. InsyaAllah.”-Komen Ernie

Terdahulu, ramai pihak yang menegur Maryam tidak mengikuti cara berpantang seperti orang Melayu. Walaubagaimanapun, Ryzal tampil mempertahankan isterinya dengan menegaskan bahawa  Maryam hanya bertukar agama dan bukan mengubah budaya. Malah, Ryzal turut menitipkan harapan agar tidak ada individu yang akan memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Durian kimchiernie zakriMaryamRyzal IbrahimRyzal Ibrahim Maryam
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara