Tuesday, August 9, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Wow! Tapak Konsert dan Dewan Acara Bertaraf Dunia Bakal Dibuka Di Bukit Bintang

by Phic Arman
December 2, 2021
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Rangkaian dewan konsert terkemuka negara Matahari Terbit bakal membuka pintunya di Kuala Lumpur pada suku kedua 2022. Anak syarikat Sony Music Entertainment (Japan) Inc, Zepp Kuala Lumpur bakal dibuka di tengah-tengah ibu kota dan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Zepp Hall Network ditubuhkan pada 1998, lokasi ini bakal menjadi dewan acaranya yang ke-11, dengan sembilan cawangan di Jepun dan satu lagi di Taiwan iaitu Zepp New Taipei.

IKLAN

Idea untuk menubuhkan kemudahan berinovasi ini tercetus kira-kira lebih 20 tahun lalu. Ketika itu, tiada tapak konsert sesuai bersaiz sederhana yang boleh memuatkan 2,000 hingga 3,000 penonton. Sony Music Entertainment (Japan) Inc telah mengenal pasti keperluan untuk menyediakan tapak alternatif selain daripada ruang teater untuk persembahan kumpulan rock.

Mereka kemudiannya berpadu tenaga dengan Zepp bagi membangunkan satu pusat sehenti untuk penganjuran konsert oleh para artis dari seluruh Jepun. Zepp Sapporo menjadi cawangan pertama milik rangkaian dewan acara tersebut, sebelum ia melebarkan sayapnya ke Osaka, Tokyo, Fukuoka, Nagoya dan Yokohama, memudahkan para artis membuat siri jelajah di negara itu dengan reka bentuk pentas yang serupa di semua wilayah utama. Kejayaan Zepp turut membawa kepada pengembangan di peringkat antarabangsa, dengan cawangan di Singapura (2017-2019), Taiwan dan kini di Malaysia.

Pemandangan dewan utama dari tempat duduk auditorium
Pintu masuk VIP
Pemandangan dewan utama dari pentas dengan pengadang boleh alih

Usaha terbaru Zepp ini merangkumi sebuah dewan seluas 6,500 kaki persegi di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ia bakal menempatkan lapan petak VIP dengan ruang rehat dan tempat duduk peribadi. Ruang acara berkapasiti 2,500 penonton ini turut menawarkan kemudahan terbaik yang sememangnya sinonim dengan jenama global Zepp.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Bukit BintangkonsertZepp Kuala Lumpur
Share12Tweet7SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Diinspirasikan Dari Karya Datuk M.Nasir! THE SIL & Zella Rakam Lagu Kedua ‘‘Aku Isabella’’
Lokal

Diinspirasikan Dari Karya Datuk M.Nasir! THE SIL & Zella Rakam Lagu Kedua ‘‘Aku Isabella’’

by Aphit J.
August 7, 2022

‘’Aku Isabella’’ ciptaan Ell Rock dan Raja Faizal menjadi pilihan kedua band THE SIL selepas melancarkan single pertama mereka di...

Read more
Kumpulan Rap Unggul Malaysia ForceParkBois Hasilkan “PSP”
Lokal

Kumpulan Rap Unggul Malaysia ForceParkBois Hasilkan “PSP”

by Aphit J.
August 7, 2022

ForceParkBois merupakan sebuah krew rap yang dianggotai 11 artis muda berbakat luar biasa. Mereka dikenali kerana berpewatakan berani dan yakin yang membuatkan mereka...

Read more
Muncul Setelah 5 Tahun Menghilang, Girls’ Generation Kembali Dengan Album Terbaru Buat Peminat Teruja
Lokal

Muncul Setelah 5 Tahun Menghilang, Girls’ Generation Kembali Dengan Album Terbaru Buat Peminat Teruja

by Aphit J.
August 6, 2022

'Queens of K-pop' membuat kemunculan semula yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat dengan mengeluarkan album FOREVER 1 melalui SM Entertainment. Bersempena...

Read more
Jom Intai Antara Aktiviti Menarik Yang Anda Perlu Cuba Di Resort Taman Eko Rimba Komanwel!
Jalan-Jalan

Jom Intai Antara Aktiviti Menarik Yang Anda Perlu Cuba Di Resort Taman Eko Rimba Komanwel!

by Hakim Faz
August 3, 2022

Kami di Murai MY berpeluang untuk menghadiri program FAM (Familiarization) Trip atau Open Day yang dianjurkan oleh Tourism Selangor di...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Anak-anak Kami Akan Menjadi British’ – Ini Jawapan Dr Amalina Apabila Ditanya Mengenai Kerakyatan Bakal Anak

  2. 2

    Hayfa ‘Trending’ Di Twitter! Nadiya Nisaa Dedah Sikap Sebenar Ummi Nazeera

  3. 3

    Pelakon Ako Mustapha Sakit? Afdlin Shauki Mohon Orang Ramai Titipkan Doa

  4. 4

    Kecoh! Video ‘Leak’ Tersebar, Netizen Dakwa Ada Yang ‘Busuk Hati’ Dengan Noh Salleh?

  5. 5

    “Sesuatu Tentang Beliau Yang…” – Sharnaaz Ahmad Titip Doa Buat Amir Raja Lawak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera