Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

FFM31 : Dana RM500,000 Menanti Pemenang Kategori Filem Terbaik!

Sebanyak 55 filem akan bertanding

by Khai Azfar
December 3, 2021
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Acara Festival Filem Malaysia kini kembali untuk edisi nya yang ke-31 FFM31 dan dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini.

55 Filem Dipertandingkan

Dalam sebuah sidang media yang diadakan pada petang Rabu di Royal Chulan The Curve, Damansara,  sebanyak 55 filem akan bertanding merangkumi 32 buah filem Bahasa Malaysia, 8 buah filem Mandarin Tamil (11) dan empat filem berlainan bahasa.

“Sebagai medan pengiktirafan kepada pencapaian karyawan industri, FFM31 yang mengangkat tema ‘Citra Cinema’ ini membuktikan manifestasi sinema Malaysia yang berinspirasikan keunikan serta variasi cerita, identiti dan nilai tempatan dengan impak pembikinan dan penontonan sejagat merentas sempadan.

“Fokus FFM31 kali ini juga bukanlah sekadar perayaan industri, namun ia platform satu suara di antara kerajaan, karyawan filem dan rakyat bagi bersama-sama mendukung kepada kecemerlangan industri,” ujar Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid

Dana Kandungan Digital (DKD) RM500,000 Menanti

Pada FFM31 kelak, sejumlah 28 anugerah akan dipertandingkan dan pemenang akan diumumkan pada malam tersebut. Dalam sidang media itu, trofi FMM dengan rekaan yang baharu juga telah diperlihatkan buat kali pertama kepada umum .

“Bagi pemenang kategori Filem Terbaik akan memenangi trofi dan Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM500,000 dengan mematuhi garis panduan sedia ada berkuatkuasa bagi tatacara permohonan DKD,”katanya lagi

Untuk info,  FFM31 akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan  disiarkan secara langsung di TV2 pada jam 9.00 malam serta dihoskan oleh Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah. Bagi acara karpet merah pula akan disiarkan secara langsung di YouTube Finas Malaysia bermula 8.00 malam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
FFM31
https://lomp.at/gkze7
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem