Friday, July 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Dunia

10 Selebriti Lelaki Paling Kacak Di Dunia Sepanjang Tahun 2021

by Amirul Fikry
December 11, 2021
947
KONGSIAN
Share on Facebook

Kecantikan dan ketampanan seseorang itu adalah sangat subjektif. Itu bermakna, setiap orang mempunyai definisi yang tersendiri tentang kecantikan dan juga ketampanan.

Wajah yang menarik pada diri kita sendiri tidak semestinya menarik juga pada penglihatan orang lain. Ini kerana setiap dari kita mempunyai pandangan yang berbeza bagi menilai seseorang itu sama ada ianya kacak atau sebaliknya. Namun, kekacakan seseorang juga tidak hanya terletak pada rupa paras semata-mata malah termasuklah personaliti, sikap, gaya dan ilmu juga akan dinilai.

Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi dengan semua pembaca setia murai.my siapakah antara selebriti lelaki yang paling kacak di dunia yang tersenarai sepanjang tahun 2021. Jom kita tengok!

10. Henry Cavill

via Ig

Henry Cavill yang dilahirkan pada 5 Mei 1983 adalah pelakon kacak yang berasal dari Saint Helier, Jersey merupakan anak keempat daripada lima orang adik-beradik.

Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 2001 iaitu dengan membintangi filem sulungnya yang berjudul ‘Laguna’. Namanya juga mula dikenali selepas dia memegang watak Clark Kent dalam filem ‘Man of Steel’ dan juga watak sebagai ‘Superman’.

Henry mempunyai prinsipnya yang tersendiri iaitu “berhenti mencari wanita untuk ditiduri dan carilah seorang wanita yang boleh menjadikan anda orang yang lebih baik dan bahagia.” 

9. David Beckham 

via Ig

Siapa yang tidak kenal dengan bintang bola sepak yang satu ini? David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham yang dilahirkan pada 2 Mei 1975 di Leytonstone, Londres. Dia juga merupakan seorang suami kepada selebriti terkenal, Victoria Adam Beckham dan bapa kepada empat orang anak.

Pemain lagenda yang berpewatakan kacak ini kadangkala mampu mencairkan mata orang yang melihatnya. Bekas pemain Manchester United ini juga terkenal sebagai pemain bola sepak yang mempunyai banyak tatu di seluruh badan tetapi tidak ramai yang tahu bahawa Beckham sebenarnya sangat obses dengan jarum dan ini juga adalah antara sebab dia mempunyai banyak tatu di seluruh badannya.

8. Tom Cruise

via BIO

Seorang pelakon dan penerbit filem dari Amerika Syarikat ini sangat terkenal dengan filem aksi terutamanya filem bersiri ‘Mission Impposibble’. Popularitinya cukup menarik dan enam dari filem lakonannya telah memperoleh USD100 juta untuk setiap filem. Filem-filemnya banyak yang mencapai Box Office pada pertengahan 1980-an, bermula dengan filem ‘Top Gun’ (1986), ‘The Color of Money’ (1986), ‘Rain Man’ (1988) dan ‘Born On the Fourth of July’ (1989).

Walaupun Tom Cruise agak rendah dengan ketinggian hanya 5 kaki 7 inci, namun wajahnya yang kacak telah berjaya menambat hati ramai penonton.

7. Omar Borkan Al Gala

via Ig

Salah seorang lelaki paling kacak di dunia ialah Omar Borkan Al Gala yang dilahirkan pada 23 September 1989  yang berasal dari Baghdad. Ramai yang beranggapan lelaki yang memiliki wajah yang sangat tampan akan sentiasa membawa kebahagiaan dan akan mendapat apa sahaja yang mereka inginkan. Tetapi tidak pada Omar Borkan Al Gala.

Omar Borkan telah diusir dari negara kelahirannya sendiri, Arab Saudi kerana dianggap terlalu kacak. Matanya yang tajam dapat memikat ramai wanita dan ini akan membawa kepada banyak masalah. Selain itu, penampilan Omar juga akan menyebabkan bukan sahaja wanita malahan lelaki juga akan jatuh cinta kepada dirinya.

Inilah yang dikatakan, segak pun salah, tak segak pun salah. Apa pendapat anda?

6. Chris Evans

via Hola

Chris Evans adalah salah seorang pelakon Hollywood yang paling kacak di dunia yang dilahirkan pada 13 June 1981 di Boston, Massachusetts. Chris merupakan antara pelakon yang mendapat bayaran yang paling tinggi di Hollywood.

Kejayaannya dalam filem ‘Captain America’ dan ‘Avengers’, menjadikan Chris Evans salah satu pelakon yang terkaya di dunia.

Sebelum berlakon dalam filem ‘Captain America’, dia juga pernah menjadi bintang dalam filem ‘Fantastic 4’  namun di masa itu namanya masih belum dikenali ramai. Ini kerana, ketika filem tersebut ditayangkan, Chris mempunyai bentuk badan yang agak kurus dan tidak berotot.

5. Robert Pattinson

via Ig

Robert Pattinson juga merupakan antara pelakon yang paling kacak dan mendapat bayaran tertinggi di dunia yang berasal dari England. Robert Pattinson dilahirkan pada 13 Mei 1986 ini mula dikenali dengan wataknya sebagai vampire yang bernama Edward Cullen  dalam filem ‘Twilight’.

Berkat peranannya dalam filem tersebut, dia mula menjadi popular dan berjaya membintangi beberapa filem seiring dengan selebriti hebat yang lain yang lebih senior darinya.

4. Ian Somerhalder

via Ig

Ian Somerhalder dilahirkan pada 8 Disember 1978 dan merupakan seorang pelakon yang mula dikenali ramai kerana lakonannya sebagai Damon Salvatore dalam filem ‘The Vampire Diaries’ dan Boone Carlyle dalam filem ‘Lost’.

3. Hrithik Roshan

via Ig

Hrithik Roshan merupakan seorang pelakon Bollywood yang sangat terkenal dan tersenarai dalam selebriti yang paling kacak di dunia. Bagi mereka yang menggemari dunia hiburan Bollywood, pasti sangat mengenali figura yang memiliki mata yang cantik dan juga berbakat dalam tarian ini.

Dia yang dilahirkan pada 10 Januari 1974 pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 2004 dengan seorang wanita yang bernama Sussanne Khan, namun sayangnya mereka berpisah selepas 10 tahun menjalani kehidupan bersama.

Antara filem hebat lakonan Hrithik Roshan adalah ‘Kaho Na Pyaar Hai’, ‘Kabhi Kushi Kabhi Gham’ dan banyak lagi. Dia juga pernah memperoleh Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Penampilan Sulung Lelaki Terbaik.

2. Zayn Malik

via Pinterest

Zyn Malik merupakan seorang penyanyi yang dilahirkan pada 12 Januari 1993 dan berasal dari Bradford, West Yorkshire. Dia mula dikenali pada tahun 2010 dalam program pencarian bakat ‘The X Factor’ dan memulakan kerjasama nyanyiannya bersama One Direction.

1. Kim Taehyung

via Pinterest

Bagi mereka yang meminati industri hiburan KPop, pasti mengenali figura yang sangat terkenal ini. Dia adalah antara selebriti yang paling kacak di dunia. Kim Taehyung merupakan salah seorang ahli kumpulan KPop terkenal BTS yang sangat diminati oleh ramai peminat wanita dek kerana penampilan dan bakat serta gerak tari mereka yang sangat bertenaga.

Dia yang lebih mesra dikenali sebagai V pernah memenangi anugerah sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia. V dilahirkan pada 30 Disember 1995 di Daegu, Korea Selatan.

Itulah antara 10 barisan selebriti yang paling kacak di dunia yang dapat kami bersama pembaca. Yang mana satu pilihan hati anda?

10lelaki2021palingkacak
https://lomp.at/gtf1j
Share379Tweet237SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Dunia

[VIDEO] Ramai Sangka Dari Qatar, Bangunan PNB 118 Rupanya Dah Mendunia!

by Arsiqin Yusof
June 4, 2025

Dalam era media sosial kini, sebuah video TikTok oleh pengguna @hannahrosfx telah mencetuskan kekeliruan apabila ramai menyangka bangunan ikonik Malaysia,...

Read more
Foto - Nation Thailand
Dunia

Tular Sindiket Ternak Telur Manusia Di Georgia, 3 Wanita Thailand Ini Buat Pendedahan Mengejut!

Sekumpulan wanita Thailand telah diselamatkan selepas terjebak dalam sindiket penuaian telur manusia di Georgia. Dikendalikan oleh gangster China, wanita yang...

Read more
by Soph Azz
February 14, 2025
Foto - People
Dunia

Fanatik & Mahu Bertemu BTS, 3 Gadis Remaja Dari India Sanggup Lakukan Penculikan Palsu!

Aduhai, terlalu fanatik hingga lakukan satu perkara di luar batasan! Tiga gadis remaja yang berusia antara 11 tahun dan 13...

Read more
by Soph Azz
January 2, 2025
Dunia

Paris Perancis Kota Paling Kotor, Orang Asia Paling Ramai Terkena Sindrom Paris!

Sindrom merupakan satu tanda dan gejala perubatan yang berkaitan dengan satu sama lain dengan penyakit atau gangguan tertentu. Sindrom mempunyai...

Read more
by Amirul Fikry
August 13, 2024
Dunia

Bawa Pulang RM23 Ribu! Wild Thang Memenangi Gelaran Anjing Terhodoh Di Dunia 2024

Seekor anjing di Amerika Syarikat dinobatkan sebagai anjing paling hodoh di dunia. Memenangi Gelaran Anjing Terhodoh Dunia 2024 Anjing Pekingese...

Read more
by Aphit J.
June 23, 2024
Dunia

Konsert Coldplay Diberhentikan Seketika, Askar Israel Jatuh Pentas Ketika Cuba “Menceroboh” Persembahan

Sebelum ini tular video yang menunjukkan seorang lelaki terjatuh dari sisi pentas yang cukup tinggi pada konsert Coldplay yang merupakan...

Read more
by Aphit J.
June 15, 2024
Dunia

Pecah Rekod Kekejaman! Jumlah Bom Yang Digugurkan Di Gaza Melepasi Perang Dunia Kedua

Sejak Oktober tahun lalu, Tentera Israel telah menggugurkan lebih daripada 70,000 tan bom di Semenanjung Gaza, mencetuskan kemusnahan besar-besaran dan...

Read more
by Puteri Alia
June 5, 2024
Dunia

Kanak-Kanak Terus Terseksa, Penduduk Gaza Terpaksa Minum Air Kumbahan Dan Makan Rumput Untuk Hidup

Krisis kemanusiaan yang melanda Gaza telah mencapai tahap kritikal di mana penduduknya terpaksa minum air kumbahan dan makan makanan haiwan...

Read more
by Puteri Alia
June 5, 2024
Dunia

Malaysia Hantar Wakil Mat Sabu Ke Iran Hadiri Pengebumian Almarhum Presiden Ebrahim Raisi

Presiden Interim Republik Islam Iran, Mohammad Mokhber, memberi jaminan bahawa hubungan baik dan kerjasama antara Iran dan Malaysia akan terus...

Read more
by Puteri Alia
May 21, 2024
Dunia

Hamas Luah Hargai Sokongan Raisi Terhadap Palestin, Israel Nafi Jadi Dalang Nahas Helikopter Yang Membunuh Presiden Iran

Hamas mengucapkan ucapan takziah atas kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi, yang terkorban dalam nahas helikopter. Raisi, yang dianggap sebagai "penyokong...

Read more
by Puteri Alia
May 20, 2024
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem