Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Selepas 11 Tahun, Elyana Akhirnya Bebas Kanser Limfoma!

Dirinya kini telah bebas dari penyakit kanser limfoma  yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu. 

by Khai Azfar
December 8, 2021
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon Elyana berkongsi khabar gembira sebentar tadi apabila dia mengumumkan dirinya kini telah bebas dari penyakit kanser limfoma  yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.

Derita 11 Tahun Berakhir 

Pelantun Tak Tercapai Akalmu itu mengumumkan perkhabaran tersebut menerusi sebuah hantaran  gambar dan kapsyen di Instagramnya.

“Assalammualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.

“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil. Kanser saya hilang. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih ya Allah, Kau telah mendengar doa kami.

‘Tak dapat saya gambar kan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love you ya Allah,” tulis Elyana

Dalam hantaran tersebut kelihatan perbandingan visual yang menunjukkan sel kanser di tubuhnya sudah hilang dan kembali pulih.

Dibanjiri Ribuan Doa 

View this post on Instagram

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Perkongsian Elyana sehingga artikel ini ditulis  mendapat lebih 45 ribu tanda suka dan dihujani dengan ribuan doa dan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan artis. Antaranya seperti Datuk Aznil Nawawi, Datin Paduka Eina Azman., Amylea Azizan, Siti Elizad dan ramai lagi.

Dalam hantaran susulan, Elyana turut berkongsi dirinya sedang menjalani  rawatan kimoterapi yang kelima.

View this post on Instagram

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Sekadar info, Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani, 2.

Error happened.
"Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan"- Elyana Emrizal
elyanakanser
https://lomp.at/91mna
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara