Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian dan rawatan berkala.
Anak Sahkan Keadaan Sebenar Tun Dr. Mahathir.
Anak ketiga Tun M, Tan Sri Mokhzani Mahathir mengesahkan bahawa bapanya berada dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan bapanya mendapat perhatian lebih dekat selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah baru-baru ini.
“Beliau dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian. Dua hari lepas sangat menekan Tun M. Buat masa ini, beliau okey dan tidak dalam keadaan yang merisaukan.”
Untuk rekod, Tun M pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 1989 dan 2007. Manakala pada Januari 2026, beliau mengalami keretakan tulang pinggul selepas terjatuh di kediamannya.











