Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Sumpah Tak Best Sakit Ni”-Rashidi Ishak Positif Covid-19

Rashidi memberitahu bahawa dia sudah melakukan ujian Covid-19  selepas terdapat kes Covid-19 di set penggambaran.

by Naddy Joe
December 8, 2021
Share on Facebook

Pelakon, Rashidi Ishak mengumumkan dirinya telah disahkan positif COVID-19 selepas alami demam yang teruk dan sakit tubuh badan sewaktu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Jalani Kuarantin Kendiri 

Menerusi sebuah hantaran di Instagram , Rashidi memberitahu bahawa dia telah melakukan ujian Covid-19  selepas terdapat kes tersebut di set penggambaran.

“Aku dah buat test bila team produksi berhenti penggambaran kerana ada kes di set. Masa tu negatif. Aku pun mulalah kuarantin kendiri di rumah.

Tapi bila dua hari sudah aku tiba-tiba demam teruk dan badan sakit-sakit, aku bagitau pihak produksi.

Mereka uruskan doktor datang ke rumah buat swab test, kali ni confirm aku positif.”- dedah Rashidi

Mohon Maaf Jadi Penyumbang Statistik Kes Covid-19

Susulan itu, pelakon yang berusia 48 tahun ini turut memohon maaf kerana telah menjadi salah seorang penyumbang kepada statistik kes Covid-19 dan dalam masa yang sama turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk menjaga diri.

“Aku minta maaf menyumbang kepada statistik kes covid-19. Korang semua , jaga diri, SOP. Sumpah tak best sakit nie. Aku yang dah ada dua dos vaksin pun masih sakit tahap gaban.”- katanya lagi

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Riena Diana, Daiyan Trisha, Ben Amir serta ramai lagi mengharapkan agar Rashidi terus kuat selain mendoakan kesembuhannya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
rashidi ishak
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara