Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

[ULASAN] ‘Amaran’ Daripada Siti Nordiana & Bunga Menjadi!

Percubaan pertama penyanyi ini membawakan lagu berentak EDM dan nusantara ternyata berjaya,

by Khai Azfar
December 10, 2021
111
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini, pendengar dan peminat sudah terbiasa mendengar alunan suara merdu penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra dikenali sebagai Nana mendendangkan lagu-lagu balada. Tidak dilupakan Nana juga pernah menyanyikan lagu tradisional suatu ketika dahulu.

Amaran Yang Berjaya! 

Namun, percubaan pertama penyanyi ini membawakan lagu berentak EDM dan nusantara ternyata berjaya, sesuai dengan peredaran muzik kini. Manakan tidak. ritma yang disifatkan ‘catchy’ membuatkan sesiapa sahaja mendengarnya akan turut nikmatinya.

Pujian juga wajar diberikan buat Bunga yang mewarnai lagi rentak Amaran. Dengan kebolehannya yang ramai sedia maklum berbakat dalam rap, lagu ini menjadi sebuah buah tangan yang cukup menarik untuk disajikan buat para pendengar.

Koreografi Menarik Bakal Lengkapkan Amaran 

Harapan kami agar sebuah kareografi khas dapat dibuat oleh kedua-dua penyanyi untuk dipersembahkan secara langsung kelak. Sayang jika lagu dan duet yang julung kalinya diadakan ini tidak dibuat sesuatu yang menarik kepadanya.

YouTube video

Sebagai info, Amaran merupakan hasil ciptaan bersama Bunga, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat. Susunan muzik bagi lagu ini menggunakan elemen muzik EDM Nusantara dan Trap oleh Mas Dewangga serta Firdaus Rahmat.

Lirik yang ditulis oleh mereka bertiga ini pula mengisahkan tentang nasihat orang yang lebih awal “mengenali cinta” kepada orang yang baru merasai dan mengenali cinta. Ibarat nasihat daripada seorang kakak atau seorang ibu kepada adik atau anaknya.

Amaran terbitan Warner Music Malaysia kini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox , Deezer, dan juga iTunes manakala video muzik rasmi boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Kononya Sudah Berkahwin Lagi, Siti Nordiana Tampil Perjelas Status Dirinya
Amaran Siti NordianaBunga Ismesiti nordiana
https://lomp.at/jg014
Share44Tweet28SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem