Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Gara-Gara Pernah Dijangkiti Wabak Covid-19, Aliff Iskandar Terpaksa ‘Bertapa’ Di Studio Rakaman

Penyanyi berusia 21 tahun ini masih berada dalam fasa pemulihan berikutan baru sahaja sembuh daripada jangkitan COVID-19

by Khai Azfar
December 10, 2021
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Aliff Iskandar kini tampil dengan single keduanya berjudul Takdir. Namun begitu, disebalik penghasilan lagu ini siapa sangka Aliff atau nama sebenarnya Nor Aliff Iskandar Norazmi mengharungi detik sukar apabila terpaksa berada di dalam studio rakaman selama hampir 10 jam.

 Pernah Positif COVID-19

Ia berikutan penyanyi berusia 21 tahun ini masih berada dalam fasa pemulihan berikutan baru sahaja sembuh daripada jangkitan COVID-19 dan perlu mengambil masa sedikit lama daripada kebiasaan.

“memang waktu itu keadaan kesihatan belum pulih sepenuhnya tapi saya perlu merakamkan lagu ini. Sebenarnya keadaan kesihatan saya baik-baik sahaja tetapi pernafasan sedikit terganggu membuatkan proses rakaman menjadi lama” kata Aliff

Lagu Ciptaan Sendiri, Dipilih Sebagai OST Drama

Bagaimanapun jelas penuntut Maktab Perguruan Ilmu Khas ini, dia bersyukur kerana dapat melunaskan rakaman lagu ini seperti yang dirancang. Berkongsi intipatinya, menurut Aliff Takdir merupakan lagu hasil ciptaan nya sendiri manakala lirik ditulis bersama komposer Jaja Ishak serta Rudy Nastia bertindak sebagai penerbit.

Seperti hikmah disebalik jangkitan wabak yang dihidapinya sebelum ini, Takdir juga telah dilamar oleh produksi Saat Ku Takluk Cinta Ini untuk menjadi runut bunyi drama tersebut. Untuk rekod, drama ini bakal ditayangkan di slot samarinda bermula 20 Disember 2021.

“Memang saya bersyukur apabila lagu ini dipilih untuk menjadi runut bunyi bagi drama berkenaan. Sebagai orang baharu, saya gembira apabila pihak produksi percaya kepada bakat dan hasil kerja. Ini memang pengalaman yang manis untuk penyanyi seperti saya” kata Aliff lagi

Aliff ditemui Murai.my di Flora Terrace, Hampshire Place Kuala Lumpur. Sekadar info, Aliff merupakan finalis top 5 kategori Artis Baharu Lelaki Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 baru-baru ini. Selain itu, pelantun Perit ini juga dicalonkan ke top 20 kategori BBNU MeleTOP dalam Anugerah Era MeleTOP 2021 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/wriob
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem