Baru baru ini kecoh mengenai kejadian buli secara kekerasan atau ‘ragging’ di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar seperti rakaman video tular di media sosial.
Menurut BH Online, kejadian buli terbabit berlaku pada 9 Disember membabitkan mangsa dengan tujuh suspek remaja lain yang semuanya adalah pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun.
Imbau Kembali Mangsa Buli
Kejadian buli tersebut telah mendapat perhatian dari Harith Iskander. Dalam perkongsiannya di Facebook, Harith mengimbau kembali nama nama yang pernah menjadi mangsa buli sehingga kehilangan nyawa.
Zulfarhan Zulkarnain, Muhammad Farid Ibrahim, Shahrizal Shaffie, Naim Mustaqim dan Jackson Nuing Awe.
Ini adalah nama-nama golongan muda yang kehilangan nyawa akibat buli atau ragging.
Sebahagian Dari Pendidikan
Bagi Harith Iskander, dia percaya bahawa budaya buli ini telah menjadi kebiasaan di kebanyakkan sekolah yang menganggap ia sebagai sebahagian daripada pendidikan di sesetengah tempat.
Harith turut mempersoalkan kebaikan dan keburukan proses pendidikan ini dan baginya sekiranya melibatkan nyawa, dia meninggalkan persoalan tersebut kepada netizen adakah tindakan tersebut berbaloi atau tidak.
Terdapat kebaikan dan keburukan saya rasa proses itu… tetapi apabila ia pergi jauh dan memusnahkan nyawa, anda perlu bertanya – adakah ia berbaloi?
Kepercayaan Terhadap Sistem Pendidikan
Tambahnya, jika kejadian buli ini berterusan, dia menjangkakan ketidakpercayaan ibu bapa terhadap sistem pendidikan dalam melindungi golongan remaja di sekolah.
Jika ini masih berterusan, saya dapat menjangkakan ketidakpercayaan ibu bapa terhadap sistem pendidikan dalam melindungi remaja di sekolah. Saya tidak mempunyai jawapan. Hanya soalan: apa pendapat anda?
Kejadian buli tersebut telah mendapat perhatian ramai selebriti dan netizen. Terbaru, polis telah memanggil semua pelajar yang dikatakan terbabit termasuklah pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.