Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Datin Seri Haflin Imbau Kenangan Bersama Arwah Ibu Di Golok

Rindu arwah ibu, isteri ahli politik kongsi foto kenangan 2 tahun lalu

by Puteri Alia
December 14, 2021
Foto - Instagram @haflinnazriaziz

Foto - Instagram @haflinnazriaziz

162
KONGSIAN
Share on Facebook

Datin Seri Haflin Saiful mengimbau kenangan bersama arwah ibunya, Datuk Siti Hamidah Hamat dengan memuatnaik gambar mereka berdua di akaun Instagram nya.

Kenang Memori Manis Di Golok

Isteri kepada ahli politik Datuk Seri Nazri ini, berkongsi gambar kenangan keluar bersama arwah ibunya di Golok, Thailand pada dua tahun lalu. Menurut Haflin, mereka berdua gemar ke sana bagi menikmati makanan kegemaran iaitu Som Tam dan daging bakar.

Bukan itu saja, wanita jelita ini juga berkongsi cerita ketika keluar bersama arwah ibunya banyak aktiviti dilakukan bersama seperti mendapatkan khidmat rawatan mengurut badan Thailand, mencuci rambut di salon rambut dan membeli sayur dan buah segar di pasar basah di sana.

Foto – Instagram @haflinnazriaziz

“2 tahun hari ini. Perkara yang saya rindu sekali bersama mama adalah outing kami. Seperti yang ini salah satu kegemaran saya outing bersama Mama di Golok, Thailand menikmati Som Tam dan daging bakar kegemaran kami.

Selepas itu, kami pergi untuk mengurut badan Thai kemudian ke salon rambut untuk mencuci rambut dan kemudian beli sayur dan buah segar di pasar basah.

Dulu sangat menyenangkan pergi ke Golok (sebelum Covid) cuma ambil masa sejam memandu dari @villadanialla.

Dia ajar saya banyak sangat tentang nikmat biasa dalam hidup.

Saya harap 2 tahun adalah selamanya untuk kamu Ma sebab kamu menikmati setiap minit di alam fana yang kamu sangat gembira, kamu tidak sengsara, sekurangnya itu yang saya percayai. Al-Fatihah.” Luahnya

Al-Fatihah buat ibu Datin Seri Haflin.

datin seri haflin saiful
https://lomp.at/8b6gu
Share65Tweet41SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem