Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

5 Fesyen Selebriti Paling ‘Mega’ Sepanjang 2021

Ini adalah 5 fesyen selebriti paling 'mega' berdasarkan penilaian kami.

by Khai Azfar
December 16, 2021
529
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah hampir dua tahun segala acara secara langsung tidak dibenarkan berikutan mematuhi pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan, tahun 2021 menyaksikan hampir segala sektor kembali beroperasi seperti biasa dalam norma baharu.

Tidak terkecuali industri seni yang kembali ‘hidup’ dengan kebenaran untuk mengadakan pelbagai acara dalam negara. Bagi lima selebriti ini, peluang tersebut digunakan sebaik-baiknya dengan menghadiri dan terlibat dalam acara-acara yang telah mengundang mereka.

Seperti ‘melepaskan geram’ selepas hanya duduk di rumah, kelima-lima mereka tampil memukau dengan fesyen serta gaya yang ditatarias secara eksklusif sehingga tular di media sosial. Terima kasih kepada pereka-pereka fesyen tersohor tanah air!

5 Fesyen Selebriti Paling ‘Mega’ Sepanjang 2021

Sebagai penutup tahun 2021 yang tinggal kurang dari dua minggu, ini adalah 5 fesyen selebriti paling ‘mega’ berdasarkan penilaian kami.

Rozita Che Wan

Tidak pernah gagal! Hampir setiap tahun pelakon jelita, Rozita Che Wan menjadi sebutan peminat dengan imej dan busana yang diperagakan cukup memukau. Berada dalam kelasnya tersendiri, peminat sedia maklum bahawa ibu kepada tiga orang cahaya mata ini akan tampil eksklusif waima menghadiri acara ringkas.

foto via @rozitachewan

Bagi tahun 2021, semestinya busana hasil sentuhan pereka fesyen Ezuwan Ismail paling menonton buat Rozita atau lebih dikenali ramai sebagai Che Ta. Mana tidaknya pelakon dan ahli perniagaan sensasi itu sanggup berfesyen dengan menutup mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ yang ditinta dengan batu berlian berwarna perak sepanjang majlis Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021.

Difahamkan, Che Ta telah menyarung gaun moden rona hitam rekaan pereka berkenaan menggunakan fabrik jenis twill dijahit penuh dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead’ serta dianggarkan berharga RM50,000.

[VIDEO] Gelagat Afwa Puji Masakan Siti Nurhaliza, Curi Perhatian Ramai!

Aina Abdul

Bukan aneh tapi unik! Itulah fesyen yang sering digayakan oleh penyanyi Aina Abdul. Tampil dengan pelbagai kelainan, pelantun Sepi ini kononnya dikatakan sebagai mangsa fesyen. Namun, buat Aina dia begitu menghargai idea kreatif pereka fesyen tempatan dan berbangga menyarungkannya.

foto via @ainaabdul

Memilih busana-busana avant-garde dari Behati, yang paling menonjol semestinya penampilan Aina ketika berjalan di atas karpet merah Anugerah Berita Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke 34 baru-baru ini.

foto via @ainaabdul

Memakai busana serba hitam serta terdapat lilitan seakan bunga pada kepala kelihatan cukup unik. Difahamkan, busana rekaan Behati itu adalah simbolik kepada bunga mawar yang digunakan dalam single baharunya berjudul Aina Abdul.

Dato Sri Siti Nurhaliza

Membuat kemunculan semula selepas ‘hiatus’ melahirkan cahaya mata keduanya, Dato Sri Siti Nurhaliza tampil elegan dengan busana rekaan duo pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

foto via @ctdk

Digelar ‘Ratu’ dikalangan peminat, meskipun ada diantara busana tersebut digaya ringkas namun sudah cukup menaikkan aura penyanyi kesayangan ramai ini.

Antara penampilan Siti yang mencuri perhatian adalah ketika menghadiri pelancaran kosmetik terbarunya, Simplysiti, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021 dan persembahan pembukaan Shopee 11.11 Big Show.

Hatta Dolmat

Sesuai dengan imej nya sebagai pereka fesyen terkenal, kami begitu menyukai koleksi ‘mesra alam’ yang ditampilkan oleh Hatta Dolmat baru-baru ini. Unik serta mempunyai motif batik pada busana-busana tersebut sekaligus menjadikannya sebagai sebuah ‘masterpiece’ tersendiri.

foto via @hattadolmat_
foto via @hattadolmat_

Rekaan tersebut turut mendapat pujian ramai malah turut diiktiraf oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serta Tourism Malaysia (TM).

Janna Nick 

Bintang paling popular Anugerah Berita Paling Popular Berita Harian 34 (ABPBH34), Janna Nick seakan meraikan kemenangan tersebut dengan penampilan yang cukup memukau hasill sentuhan pereka fesyen Wanpa.

[VIDEO] Gelagat Afwa Tutup Muzik Nyanyian Siti Nurhaliza, Raih Perhatian Ramai!-"Bisinglah Ibuuuu"
foto via @jaydeesm

Sebuah busana yang cukup unik, pada awalnya Janna dilihat mengenakan topeng muka inspirasi dari siri Netflix,  ‘Squid Game’. Berwarna Perak yang turut disertakan labuhan sarat, rekaan tersebut sememangnya tepat menggambarkan seorang pemenang!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aina abdulDato Sri Siti Nurhalizafesyen 2021Hatta Dolmatjanna nickrozita che wan
https://lomp.at/l8zb6
Share212Tweet132SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem