Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Jangan Serang Dia’- Caprice Minta Netizen Berhenti Serang Isteri

Penyanyi rap sedih isteri terlantar di hospital kerana tekanan akibat sering diserang netizen

by Puteri Alia
December 17, 2021
Foto - Instagram @daddycapofficial

Foto - Instagram @daddycapofficial

64
KONGSIAN
Share on Facebook

Boleh dikatakan setiap gerak-geri penyanyi rap popular tanah air, Caprice sentiasa diperhatikan orang ramai dan kini apabila telah berumahtangga pastinya isterinya pula menjadi perhatian warganet di media sosial.

Mohon Orang Ramai Tidak Serang Isteri

Menerusi perkongsiannya di Instagram, isterinya Farra Inalis Hussni atau lebih dikenali sebagai Elis kini terlantar di hospital kerana berkemungkinan mengalami tekanan.

Menurut Caprice setelah isterinya berkahwin dengannya, suri hati penyanyi rap tersebut hilang ruang peribadi dan sering diserang warganet di media sosial atas alasan terlalu seksi dan akhirnya jatuh sakit.

Foto – Instagram @daddycapofficial

“Saya betul-betul menyalahkan diri saya untuk semua ini.

Semenjak berkahwin, isteri saya telah hilang ruang peribadi dia dan sering di serang kerana seksi. Mungkin sebab tertekan dan tekanan menjadi isteri saya akhirnya menyebabkan dia jatuh sakit.

Jangan serang dia, serang saya saja. Saya yang ‘berjihad’, yang bina apps untuk ummah, lawan untuk Jerusalem dan saya adalah Imam untuk masjid saya.

Kalau ada sesiapa yang gagal, orang itu adalah saya. Lepaskan pada saya, tolong bukan keluarga saya.” Luahnya

Rakan Artis Dan Peminat Doakan Isteri Caprice Cepat Sembuh

Melihat perkongsian Caprice di Instagram, rakan selebriti dan peminat mendoakan agar isteri penyanyi rap tersebut segera sembuh dan menitip pesan agar penyanyi tersebut kekal kuat.

“Oh tidak! Saya sejujurnya harap dia segera sembuh. Serangan ke atas dia adalah tidak patut. Kekal kuat Cap.” @catrionabrianross

“Semoga di permudahkan selalu baca Al Fatihah.” @shieraijoy

“Mereka yang menyerang orang kesayangan kamu adalah pengecut.” @firdauswong

Foto – Instagram @daddycapofficial

“Syafakallah… Semoga Allah memberi kesembuhan segera untuk isteri cantik anda.. Tolong jaga diri dan keselamatan.”

“Semoga cepat sembuh, jadi kuat, sentiasa sayang.”

“Dia bekerja terlalu kuat Cap, semoga cepat sembuh kepada isteri kesayangan anda.”

“Hai netizen semua, jangan hakim orang sebab kita tak tahu pengakhiran orang macam mana. Mungkin lebih baik dari orang yang hakimi.” Komen mereka

Semoga isteri Caprice segera sembuh.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Caprice Persoal Babak 'Panas' Vanidah Sentuh Janggut Guna Kaki Dalam Drama Bidaah, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
capriceFarra Inalis Hussnitiger al quds
https://lomp.at/jexze
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem