Sunday, June 22, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Selebriti Bollywood Ini Menjalankan Gaya Hidup Sihat Dan Diet Vegetarian

by Amirul Fikry
December 25, 2021
147
KONGSIAN
Share on Facebook

Industri hiburan Bollywood sememangnya sering menjadi perhatian dimata dunia. Banyak produksi yang terdiri daripada filem, muzik dan pelakon-pelakon yang telah berjaya menarik perhatian dan memberi inspirasi kepada masyarakat dunia.

Terdapat ramai juga selebriti Bollywood yang telah memutuskan untuk memulakan gaya hidup dan mengamalkan pemakanan yang sihat atau vegetarian dan sebahagian daripada mereka akan kami kongsikan untuk artikel kali ini.

Mereka memilih diet vegetarian untuk mengekalkan kesihatan diri. Siapakah selebriti yang kami maksudkan? Jom kita tengok!

1. Sonam Kapoor

via Ig

Diva cantik ini telah menjalani diet vegetarian selama bertahun-tahun sebelum dia mendirikan rumah tangga. Dia juga dikatakan telah berhenti mengambil susu pada tahun 2017 yang lalu. Sejak itu, dia mula menikmati gaya hidup vegan untuk menjaga kesihatannya.

2. Anushka Sharma

via Ig

Isteri kepada Virat Kohli ini, Anushka Sharma mula mengamalkan diet vegetarian dan dia mula merasakan tahap kesihatannya semakin bertambah baik. Walaupun dia merasa ianya sesuatu yang agak sukar untuk diamalkan namun dia tetap bertekad dengan keputusan yang dibuat untuk berubah.

3. Alia Bhatt

via Ig

Artis millenium ini mula menukar dietnya sejak tahun 2015 lagi untuk terus menjadi vegetarian. Alia Bhatt sendiri menjelaskan dia berasa lebih lega, gembira dan lebih tenang selepas menukar dietnya kepada vegetarian.

4. Jacqueline Fernandez

via Ig

Jacqueline Fernandez sudah berhenti makan daging dan tenusu sejak beberapa tahun yang lalu. Dia percaya bahawa makanan organik akan menjadikannya lebih sihat dan tenang.

6. Aamir Khan

via Ig

Aamir Khan yang telah memutuskan untuk menjadi vegetarian selepas ulang tahunnya yang ke-50. Dia adalah seorang pelakon yang telah memutuskan untuk mengubah gaya hidupnya dalam diet seharian.

Sebelum ini, Aamir Khan sangat menggemari ikan, ayam, daging dan telur. Hampir semua makanan kegemarannya mengandungi unsur daging yang cenderung kepada kolesterol.

Tetapi, dia memutuskan untuk menjadi vegetarian selepas menonton video yang ditunjukkan oleh isterinya Kiran Rao. Video tersebut mengandungi 15 penyakit yang boleh menyebabkan kematian dan ternyata dengan cara mengubah corak pemakanan boleh mengelakkannya.

7. Vidya Balan

via Ig

Vidya percaya dengan memakan sayuran yang banyak akan membuatkan kulit muka kelihatan lebih berseri tanpa kedutan. Itulah antara sebab dia memutuskan untuk menjadi seorang vegetarian.

8. Sonakshi Sinha

via Ig

Sonakshi Sinha amat menentang kekejaman terhadap haiwan dan atas sebab ini, pelakon ini memilih untuk menjadi vegan sekarang. Oleh kerana dia tidak mengambil protein dari haiwan, Sonakshi telah kehilangan berat badan dan kini memiliki tubuh badan yang mengagumkan. Pelakon itu juga mengakui bahawa diet vegan dapat membantu meningkatkan metabolisma badan.

9. Kangana Ranaut

via Ig

Pelakon cantik, Kangana Ranaut merasakan menjadi seorang vegetarian adalah satu perkara yang sangat positif. Keputusan ini datang ketika dia mula-mula menjejakkan kaki di bandar Mumbai. Sejak itu, dia mula menikmati kehidupan yang lebih baik sebagai seorang vegetarian.

10. Shahid Kapoor

via Ig

Pelakon kacak Shahid Kapoor juga antara selebriti yang telah memutuskan untuk menjadi seorang vegetarian dengan cara yang unik. Ia bermula apabila dia selesai membaca buku yang berjudul A Balance Life oleh Brian Hines.

Buku itu ternyata sebuah hadiah yang teristimewa pemberian bapanya, Pankaj Kapoor. Shahid sendiri tidak menyangka bahawa selepas membaca buku tersebut, dia berani untuk mengubah gaya hidupnya dengan cara pemakanan yang lebih sihat.

Bukan sahaja dia seorang malahan Shahid Kapoor juga mahu lebih ramai orang dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat sepertinya.

Akhirnya, dia berjaya mengajak ramai rakannya untuk menjadi vegetarian.

Itulah antara barisan selebriti yang dapat kami kumpulkan yang telah mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang lebih sihat dengan cara diet vegetarian. Bagaimana dengan pembaca murai.my? Adakah anda juga salah seorang yang mengamalkan diet vegetarian?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

aamirkhanaliabhattkanganaranautshahidkapoorsonakshisinha
https://lomp.at/bnjfu
Share59Tweet37SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem