Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Aset Nur Sajat Akan Dilelong Kali Kedua Minggu Ini!

Ia berikutan lelongan pertama sebelum ini telah gagal apabila seorang pembida yang membuat bidaan tertinggi menghilangkan diri

by Khai Azfar
December 20, 2021
Share on Facebook

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili plaintif OWA Resources bagi kes pelanggaran kontrak perniagaan usahawan kontroversi, Nur Sajat  untuk membekalkan produk bengkung dan girdle telah menerima kelulusan permohonan dari mahkamah bagi membuat lelongan awam kali kedua pada hari Rabu ini ( 22 Disember 2021 )

Mahkamah Lulus Lelongan Kedua 

Perkara itu disahkan menerusi sebuah kenyataan media yang dikirimkan oleh firma pengurusan krisis Saiful Ridzuan Public Relations and Communications kepada pihak Murai.my sebentar tadi. Untuk rekod minggu lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah meluluskan permohonan agar lelongan awam kali kedua dilakukan di rumah Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Pihak firma guaman kami menerima pengisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh mahkamah pada hari Khamis, 16 Disember lepas. Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehlah datang ke lokasi lelongan pada hari Rabu ini,” kata Nurul Hafidzah Hassan, peguam utama OWA Resources dari NHA Advocates & Solicitors.

Bawa Wang Mencukupi

Dalam pada itu, pihak peguam juga menyarankan pada mereka yang ingin membida pada hari lelongan tersebut untuk membawa wang yang mencukupi bagi memastikan bayaran terus boleh dibuat selepas proses pembidaan.  Difahamkan, senarai barang-barang yang akan dilelong pada pukul 10.30 pagi itu adalah sama seperti lelongan yang telah dilangsungkan pada hari pertama lelongan, 14 Disember lalu.

Ia berikutan lelongan pertama sebelum ini telah gagal apabila seorang pembida, Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol yang membuat bidaan tertinggi sebanyak RM132,000 menghilangkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat bank draf sejurus selepas sesi bidaan berakhir. Nurul Hafidzah juga memberi penjelasan proses lelongan kedua ini bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar seperti diarahkan mahkamah kepada anak-anak guam iaitu Nurwati Husin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 daripada OWA Resources Sdn. Bhd. yang merupakan bekas stokis utama usahawan tersebut hanyalah wang saguhati kepada anak-anak guam.

“Objektif utama anak-anak guam mengambil tindakan undang-undang melalui kes saman sivil ini adalah bagi membersihkan nama mereka setelah dituduh menipu, memfitnah dan apabila satu laporan polis palsu telah dibuat oleh pihak defendan yang kononnya anak guam telah pecah amanah wang syarikat Muhammad Sajjad sebanyak RM1 juta,

“Selepas lebih daripada tiga tahun berjuang untuk kes ini di mahkamah, sistem kehakiman mendapati yang pihak plaintif tidak pernah menipu, memfitnah dan pecah amanah seperti yang didakwa oleh pihak defendan. Anak-anak guam tidak bersalah dan keadilan telah ditegakkan,” tambah Nurul Hafidzah.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berjaya membida kesemua 39 barang milik Sajat dalam lelongan di Kota Damansara. Bagaimanapun lelongan tersebut gagal selepas lelaki berkenaan yang juga dikatakan sebagai pembantu peribadi kepada seorang jutawan kosmetik telah  menghilangkan diri.

[VIDEO] Sajat Titip Pesanan Buat Selebriti & Influencer Yang Berdiam Diri Isu GSF, Netizen Setuju!
nur sajat
https://lomp.at/ovb9e
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara