Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dengan Sekali Lafaz! Raja Syahiran & Uyaina Arshad Selamat Bergelar Suami Isteri

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di The Colony, Star Boulevard KLCC

by Khai Azfar
December 21, 2021
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad selamat bergelar isteri kepada penyanyi Raja Syahiran pada awal pagi tadi.

Pilih Tarikh 21/12/21 

via Astro Gempak

Memilih tarikh hari ini, 21/12/2021 sebagai hari istimewa mereka, dengan sekali lafaz, mereka sah menjadi pasangan suami isteri pada jam 9.03 pagi yang dinikahkan oleh abang kandung Uyaina,Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua orang saksi.

via Astro Gempak

Berdasarkan perkongsian dari Astro Gempak, majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di The Colony, Star Boulevard KLCC . Syahiran telah menyerahkan mas kahwin berupa set barangan kemas buat Uyaina dan tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua-dua belah pihak. Malah jumlah wang hantaran juga dirahsiakan atas persetujuan kedua belah keluarga.

Wujudkan Tanda Pagar Istimewa 

via Astro Gempak

Untuk info, tanda pagar #URS telah diwujudkan pasangan ini sebagai simbolik akronim nama Uyaina dan Raja Syahiran selain singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.

via Astro Gempak

Tanda pagar #HinggaAkhirWaktu juga menjadi pilihan mereka yang merupakan judul lagu dicipta oleh Syahiran bersama Uyaina dan dihadiahkan kepada ibu pengacara itu, Siti Noor Farah. Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari nanti.

Majlis pernikahan pasangan itu dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua mereka.

Error happened.
Uyaina Mengamuk! –"Rezeki Kalian Tak Berkat!"
Raja Syahiranuyaina arshad
https://lomp.at/j5mf5
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara