Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Erra Fazira Beri Peringatan Kepada NGO Yang Hulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Selebriti ini hargai pengorbanan petugas barisan hadapan dan orang ramai yang bantu mangsa banjir

by Puteri Alia
December 22, 2021
Foto - Instagram @errafazira

Foto - Instagram @errafazira

2.2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Melihat ramai rakyat Malaysia bersatu padu memberi bantuan dengan pelbagai cara membuatkan penyanyi, pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira berasa terharu dengan pengorbanan yang dilakukan orang ramai ketika saat getir ini.

Jangan Ada Pembaziran

Selebriti serba boleh ini berkongsi video dan gambar dari pelbagai sumber, yang memaparkan berita keadaan mangsa banjir dan juga operasi menyelamat mereka yang terkesan di akaun Instagram nya.

Melihat usaha gigih dan kerja keras dari pelbagai pihak itu, membuatkan Erra mendoakan agar mereka yang beri bantuan dilindungi Allah SWT.

Dalam masa yang sama wanita ini juga menitip pesan agar orang ramai menghulur bantuan bagi meringankan beban, tidak kira dari aspek barangan keperluan, kewangaan hatta doa sekalipun untuk mangsa banjir.

Foto – Instagram @errafazira

“Walau di mana kalian berada.. Moga semuanya dalam lindunganNya..

Alhamdulillah bantuan dari banyak pihak mula beroperasi.. Terima kasih frontliner dan semua yang membantu..

Setiap kawasan mempunyai keperluan yang berbeza.. Harap pihak-pihak yang membantu, juga NGO peka dengan keperluan agar tiada pembaziran berlaku.. InsyaAllah..

Kepada yang tiada cara untuk turun dan membantu.. Harap dapat meringankan beban mereka dari sudut barangan atau kewangan.. Andai tiada upaya ke arah itu, harap dapat war-war dan salurkan informasi yang dapat membantu..

Andai itu juga tiada upaya.. Cukuplah doa kalian.. Sama-sama kita semua berdoa agar musibah ini tidak berulang.. Keadaan segera pulih seperti biasa dan semuanya selamat..

Malaysia berduka dengan musibah ini.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Ya Allah gantilah musibah ini dengan seribu rahmat dan kejayaan buat semua.. Amiiinnnn…” Luahnya

Netizen Dalam Dan Luar Negara Titip Doa

Melihat perkongsian Erra Fazira di Instagram nya, membuatkan orang ramai termasuk yang dari Indonesia dan Brunei menitip doa buat rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir di ruangan komen posting pelakon tersebut.

Norman Hakim Kongsi Momen 'Dinner' Dengan Erra Fazira, Curi Perhatian Netizen!-"Boleh Buat Pasrah 2..."
Foto – Instagram @errafazira

“Ya Allah kami dari Brunei Darussalam juga turut berduka dengan musibah ini.. Hanya doa yang mampu kami pohonkan semoga musibah ini cepat pulih dan semua nya sabar dengan ujian ini, serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin.. Sebak tengok kucing-kucing tadi..”

“Ya Allah Ya Rabb.. Semoga banjirnya lekas surut dan yang terkena banjir di beri kesihatan dan keselamatan.. Aamin Yaa Rabbal’Aalamin”

“Semoga Allah membalas kebaikan.. Pada mereka yang membantu.. Amiin” komen mereka

Foto – Instagram @errafazira

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun, semoga rakyat Malaysia bisa melewati cubaan ini dengan sabar dan semoga Allah Subhanahu Wataala selalu melindungi kita semua di mana pun kita berada, aamiin. Salam sayang dari kami di Indonesia”

“Allahuakbar semoga yang menolong pun berjaga-jaga #besafeeveryone”

“Moga dipermudahkan segala urusan. Allahuakbar” komen mereka lagi

Seperti yang dikatakan Erra, hulurkan bantuan sedaya yang mampu baik dari segi barangan, kewangan mahupun doa. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa dan pengorbanan anda semua!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
banjirerra fazira
https://lomp.at/tk8l9
Share876Tweet547SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem