Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

“Our-din” – Ini Reaksi Netizen Selepas Pengarah Urusan Mydin Halalkan Barangan Yang Dicuri

Ramai pengguna media sosial rasa terharu dengan belas ehsan yang ditunjukan oleh pemilik Mydin

by Puteri Alia
December 22, 2021
Foto - Facebook Ameer Ali Mydin

Foto - Facebook Ameer Ali Mydin

73
KONGSIAN
Share on Facebook

Berikutan isu pecah masuk Mydin Mart yang berlaku di Sri Muda, Shah Alam pada 18 Disember 2021 (Sabtu), Pengarah Urusan Mydin, Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin telah mengeluarkan kenyataan susulan insiden yang berlaku ketika bencana banjir melanda di kawasan tersebut.

Halalkan Apa Yang Berlaku Tapi Tidak Sokong Mencuri

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik syarikat gedung pasaraya terbesar di Malaysia ini, beliau tidak menyokong perbuatan mencuri namun beliau memahami dan bersimpati terhadap mereka yang terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

View this post on Instagram

A post shared by MYDIN Malaysia (@mydinmalaysia)

“Assalamualaikum dan salam Keluarga Malaysia.

Saya amat tersentuh dan simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda, terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik Covid-19.

Cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam, Selangor turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021, hari Sabtu baru ini dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.

Saya turut ingin memberi maklum balas mengenai insiden pecah masuk ke premis Mydin Mart tersebut yang hangat dibincangkan di media sosial, media tempatan dan sebagainya.

Sejujurnya saya tidak menyokong pernbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah SWT, agar mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik ini sedia pulih seperti biasa.

Terima kasih” ujar beliau

Netizen Terharu Dan Mendoakan Kesejahteraan Dato Mydin

Mendengar kenyataan yang diucapkan oleh Pengurus Urusan Mydin tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu mereka terhadap beliau di ruangan komen di Instagram rasmi Mydin.

Foto – Instagram @mydinmalaysia

“Semoga Allah lipat kali ganda kan rezeki tuan Mydin. Terima kasih sudi berkongsi rezeki dengan mangsa-mangsa banjir. Alhamdulillah”

“Baiknya hatinya, semoga terus maju Mydin. Sokong Mydin!”

“Ayuh kita sokong Mydin!! Terima kasih Dato, semoga Allah murahkan rezeki”

“Terima kasih.. Semoga Allah sentiasa merahmati Dato dan pasukan Mydin.. Terharu rasa…”

“Terima kasih bos Mydin. Semoga Allah sentiasa merahmatimu”

“Saya pelanggan tetap Mydin, insyaAllah sentiasa sokong Mydin” komen mereka

Meme Mydin Di Twitter Jadi Perhatian

Selain itu, terdapat juga dikalangan pengguna media sosial di Twitter yang mencipta ‘meme’ Mydin yang lucu dan mencuri perhatian.

Foto – Twitter

“Mydin dia punya sempoi, dia selamber tukar jadi Ourdin”

“Ourdin bunyi sangat Melayu tapi sangatberbakti!!”

“My – din

Our – din”

Hidup !! #Mydin” ciap mereka

Foto – Twitter
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
banjirDato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydinmydin
https://lomp.at/e4ek2
Share29Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem