Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Neelofa Gembira Pertubuhan Dapat Kepercayaan Wakili Orang Ramai Bantu Mangsa Banjir

Usahawan selebriti ini terharu pertubuhan Kasih Neelofa terima kepercayaan untuk bantu mereka yang terjejas

by Puteri Alia
December 23, 2021
Foto - Instagram @neelofa

Foto - Instagram @neelofa

28
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berkongsi berita gembira di akaun Instagram nya, di mana pertubuhan yang dibangunkan iaitu Kasih Neelofa menerima kepercayaan orang ramai untuk sampaikan sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir.

Sampaikan Sumbangan Di Padang Jawa Dan Hulu Langat

Pasukan Kasih Neelofa bersama-sama suami Neelofa, Haris Ismail, turun padang bagi menghulurkan bantuan barang keperluan hasil sumbangan orang ramai untuk mangsa banjir di Kampung Padang Jawa dan Hulu Langat baru-baru ini.

Dalam masa yang sama Neelofa turut mewar-warkan pasukannya kini sedang mencari sukarelawan bagi membantu mangsa banjir.

Foto – Instagram @neelofa

“Pertubuhan @kasihneelofa di Misi Banjir Taman Sri Nanding. Terima kasih semua atas bantuan dan kepercayaan yang diberikan untuk kami wakili semua turun padang dan membantu mereka mangsa banjir di Hulu Langat.”

“Kami juga berkesempatan ke Kampung Padang Jawa untuk sampaikan bantuan anda semua melalui Pertubuhan @kasihneelofa

Sukarelawan diperlukan. Hubungi 0134811290 untuk maklumat lokasi dan cara penyertaan” kongsinya

Peminat Doakan Urusan Dipermudahkan

Melihat perkongsian video di Instagram usahawan selebriti ini, ramai peminat turut tumpang gembira dan mendoakan agar urusan mengagih bantuan kepada mangsa banjir berjalan dengan lancar.

Foto – Instagram @neelofa

“Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan segalanya dan dilindungi Allah dan baik-baik semua”

“Terima kasih @neelofa adakan platform ni. Senang kami nak hulurkan sumbangan yang boleh kami percayai. Semoga Lofa sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Aamiin Ya Rabb”

“Alhamdulillah.. Terima kasih Pertubuhan Kasih Neelofa bantu bersihkan Taman Sri Nanding termasuk rumah abang saya. Semoga Allah beri ganjaran yang berlipat ganda atas usaha kalian”

“Alhamdulillah semoaga Allah permudahkan segalanya” komen mereka

Cuba Mahu Ponteng Solat Tarawih, Neloofa Kena "Ceramah" Dengan Suaminya PU Riz
banjirhulu langatneelofaPertubuhan Kasih Neelofa.
https://lomp.at/kt4f2
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem