Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Showcase Pertama Dapat Sokongan Ramai! Aina Abdul Tidak Lagi ‘Sepi’

Kelibat selebriti-selebriti popular tanah air turut kelihatan

by Khai Azfar
December 24, 2021
Share on Facebook

Suatu ketika dahulu, pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani ini pernah berhadapan dengan seorang sahaja penonton yang manakala selebihnya hanya bertemankan kerusi dan meja di kawasan acara tersebut.

Aina Abdul Terus Mengecapi Kejayaan 

Namun, kini tidak lagi.  Penyanyi dan komposer terkenal, Aina Abdul telah meniti satu pencapaian yang cukup membanggakan buat dirinya sepanjang bergelar anak seni. Bukan hanya hampir semua single miliknya mekar seiring nama, malah kejayaan menduduki naib juara dalam Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) menerusi lagu Semalam membuatkan nama Aina terus dikenali.

Via Instagram Aina Abdul

Kejayaan terbaharu diperolehi oleh penyanyi berusia 28 tahun ini adalah penganjuran ‘showcase’ yang pertamanya, A Night With Aina Abdul yang berlangsung selama dua hari berturut-turut. Bayangkan jualan tiket baru sahaja dibuka, kesemua tiket pantas ‘disambar’ oleh peminat-peminat dan penggiat industri seni yang ingin menonton persembahan Aina secara langsung sekaligus habis dijual hanya dalam beberapa ketika.

Showcase Aina Meriah! 

The Platform Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini menjadi ‘saksi’ sorakan para peminat dan nyanyian bersama ratusan mereka yang hadir pada 16 dan 17 Disember 2021 meskipun dalam norma baharu dengan mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan. Kelibat selebriti-selebriti popular tanah air turut kelihatan antaranya seperti ratu rock negara yang juga mentor Aina, Ella, Rozita Che Wan, Ziana Zain, Michael Ang, Azad Jasmin, Eira Syazira, Hael Husaini, serta ramai lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Khai Artzfar (@khaiartzfar)

Selama 1 jam 30 minit, penonton disajikan dengan persembahan Aina mendendangkan lagu-lagu hits nya. Kagum dengan stamina penyanyi ini yang terus bertenaga apatah lagi ramai sedia maklum lagu-lagu Aina memerlukan kekuatan vokal yang cukup padu.

Via Instagram Aina Abdul

Akui Aina, dia masih tidak puas dengan showcase kali ini dan akan kembali dalam edisi yang kedua pada Mac hadapan. Untuk rekod, single Sepi dendangan Aina bakal bersaing dengan 29 buah lagu lain bagi berada dalam 12 lagy yang berentap dalam AJL edisi ke 36 pada tahun hadapan.

“Saya pernah menyanyi di hadapan seorang penonton. Selebihnya, kerusi dan meja sahaja yang memenuhi ruang.

“Namun, saya tak pernah patah semangat untuk menjadi penghibur. Ia sebagai peringatan dimana saya bermula”  – Aina Abdul

Error happened.
[VIDEO] "Tak Mudah Untuk Berdiri Atas Label Sendiri, Kepuasan Dalam Berkarya"- Aina Abdul
aina abdul
https://lomp.at/oo5u0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara