Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kereta Adik Dipenuhi Lumpur Banjir, Fazley Yaakob Bidas Komen Sinis Netizen

Fazley turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat yang tidak putus memberi bantuan

by Naddy Joe
December 28, 2021
Share on Facebook

Penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob meluahkan rasa sedih ketika mengunjungi kediaman adik perempuannya yang menjadi mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor.

Akui Sedih Lihat Keadaan Kenderaan Adik Perempuan

Perkongsian itu dibuat Fazley menerusi sebuah hantaran di Instagram yang turut berkongsi keadaan kereta adiknya yang dipenuhi dengan lumpur.

“Semalam saya sempat melawat adik perempuan dan suaminya di #Hululangat, sedih sendiri bila melihat keadaan kereta diorang.

Air sungai naik sampai ke tingkat 2 di taman perumahan mereka. Bukan setakat tenggelam kereta, ada yang dah roboh pun rumah batu dan pagar batu rumah masing-masing.”-Kongsi  Fazley

Bidas Komen Sinis Netizen 

Dalam pada itu, Fazley turut membidas komen sinis yang diberikan oleh segelintir netizen yang tidak sensitif dengan perihal tersebut. Ia berikutan ada diantara mereka beranggapan keadaan kereta adiknya tidak seteruk seperti yang disangka.

“Saya terbaca komen-komen sinis, ‘alah kereta masuk air sikit je, setakat basah sikit apa masalahnya?’. Cuba tengok kereta ni, salah sebuah dari ratusan kereta yang tenggelam dalam air lumpur banjir.”- dedah Fazley

https://www.instagram.com/p/CYAmQgEtNlr/

Menurut Fazley, dia masih terngiang akan kata-kata adiknya yang terbayang mereka sekeluarga akan hanyut dan tenggelam dek air banjir yang deras ketika itu.

“Terngiang kata-kata adik-adik saya ‘Balong, masa air masuk dalam rumah dan naik laju, kami dah terbayang, kitaorang anak beranak hanyut dan tenggelam bersama rumah ini malam ni”- katanya lagi

Di kesempatan itu, selebriti verstail ini turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat yang tidak putus memberi bantuan kepada mangsa banjir yang melanda di beberapa negeri di Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
banjir 2021dato fazley yaakob
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara