Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Isteri Atu Zero MLM Geram Servis Tiket AirAsia Teruk?

Berang tiket yang di booking awal tidak sama ketika berangkat, isteri pelawak tag Tony Fernandes di media sosial

by Puteri Alia
December 28, 2021
Foto - Instagram @shafeeqa_johari / @tonyfernandes

Foto - Instagram @shafeeqa_johari / @tonyfernandes

353
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial milik isteri pelawak terkenal tanah air Atu Zero, Shafeeqa Johari, yang memuatnaik tiket penerbangan AirAsia yang telah ditempah awal di akaun Instagram nya.

Geram Servis Syarikat Penerbangan Teruk

Menerusi perkongsian Shafeeqa, wanita ini meluahkan rasa geram dengan servis tiket syarikat penerbangan terkenal itu, nombor tempat duduk yang dipilih tidak sama semasa tiba waktu berangkat.

Bukan itu saja, Shafeeqa juga berkongsi beberapa insiden teruk yang melibatkan syarikat penerbangan tambang rendah itu di Instagram nya.

Tidak berpuas hati apa yang berlaku, isteri pelawak ini juga (tag) Tony Fernandes di media sosialnya agar pemilik syarikat penerbang tersebut mengetahui tentang masalah servis yang dialami.

Foto – Instagram @shafeeqa_johari

“Korang pernah tak beli tiket flight, then dia suruh pilih seat. Tapi kena charge kan? Bukan free kan kalau lock seat awal-awal kan? Tiba-tiba by the time nak fly kat tiket seat no lain? Masa pergi KK aritu bergaduh gak kami dalam flight, dia orang campak jauh-jauh.

Tujuan kita spend sikit duit untuk lock seat, untuk kami dekat-dekat dengan family. Kalau jalan bujang, tak ada masalah kalau jauh pun. Anak saya seorang 5 tahun, seorang 2 tahun setengah. Korang campak semua macam tak ada human sense.

Tak ada anak ke semua yang urus ni? Ke nak salah kan mesin semua? Stroller aku hilang tak jumpa-jumpa. Kalau harga RM2.50 aku tak berkira lagi. Ni dengan SOP ntah ke mana. Haih… Malas nak bising. Siapa yang pernah kena boleh lah komen ya.

Lom lagi cerita kain kafan kami dia orang hold. Nak berjalan tak payah bawak stroller compact cabin bagai. Pramugari tua dia orang tu siap kasi jerit-jerit lagi tak bagi bawa masuk stroller. Kasi hilang. @tonyfernandes tak kisah lah you baca ke tak, you need to know abaout your service. Tq.” Luahnya

Netizen Kongsi Pengalaman Pernah Hadap Masalah Sama

Perkongsian isteri pelawak ini mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata memberi komen pernah mengalami masalah yang serupa diruangan komen posting tersebut.

“Batul… Baru je book tiket minggu lepas.. AA charge pula untuk seat..”

“Saya pun pernah kena dengan AA.. Sedih sangat.. Masa tu preggy.. Hanya Allah yang tahu”

“Pernah 2x kena” komen mereka

Foto – Instagram @shafeeqa_johari

“Selain daripada selalu reschedule. AA memang teruk lah servis nya. Tak tahu nak cakap macam mana tapi management dan servis macam tak profesional macam tak ada ilmu pasal benda-benda macam ni, ibarat dia orang main kutip jer pekerja asal ada rupa.. Selama ni training buat apa ntah”

“Ya kena juga.. Dah lah 2 kali tukar masa, lepas tu punya lah payah nak tukar balik masa yang dia bagi tu tak kena dengan waktu. Bila dah tukar masa, sesuka hati tukar seat anak kita umur 2 tahun. Tak kan nak duduk sorang-sorang plus bila check flight ada je seat kosong untuk 3 orang bukannya flight full pun… Aish.. Malas juga nak bising.. Tahan sabar je la” komen mereka lagi

Pemilik syarikat penerbangan tambang murah ini harus beri perhatian terhadap isu ini, dan ambil tindakan untuk tingkatkan prestasi perkhidmatan apatah lagi ramai yang mengadu hadapi masalah yang berulang.

[VIDEO] Vivid Sydney 2025: Ini Jadinya Bila Sydney Lupa Nak Tutup Lampu!

Apa pandangan anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
airasiaAtu ZeroShafeeqa JohariTiketTony Fernandes
https://lomp.at/8ot2r
Share141Tweet88SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem