Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘I Am Me’ & ‘Sumpah’ Antara Pemenang Anugerah MACP 2021

Zynakal pula sebagai penerima Anugerah Komposer Muda Berpotensi.

by Khai Azfar
December 29, 2021
Share on Facebook

Selepas ‘berehat’ seketika berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara, Anugerah MACP kini kembali untuk edisi 2021.

Zynakal Diiktiraf Sebagai Komposer Muda Berpotensi

Berlangsung di The Bee, Publika pada Selasa dengan skala kecil bagi mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, Anugerah MACP 2021 kali ini telah mengangkat rapper, penyanyi dan komposer muda, Muhammad Raziq Rosli atau Zynakal sebagai penerima Anugerah Komposer Muda Berpotensi.

I Am Me & Sumpah Menang 

Anugerah MACP turut meraikan pemenang dari pelbagai kategori bagi karya yang mendapat tempat dalam dan luar negara. Lagu Sumpah yang merupakan nyanyian dan ciptaan Naim Daniel bersama komposer Omar K telah diiktiraf sebagai Lagu Melayu Dendangan Terbanyak.

Manakala, lagu jutawan kosmetik, Dato Seri Vida yang ditulis oleh komposer terkenal, Edry Abdul Halim berjudul I Am Me telah memenangi kategori Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak mengalahkan dua lagi pesaingnya.

Berikut adalah senarai penuh pemenang-pemenang Anugerah MACP 2021.

Lagu Melayu Dendangan Terbanyak

Sumpah
Penyanyi : Naim Daniel
Komposer : Naim Daniel & Omar K
Lirik : Naim Daniel

Lagu Cina Dendangan Terbanyak

Drama Queen
Penyanyi : Han Xiiao Aii
Komposer : Quasimodo
Lirik : Ka Xi

Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak

I Am Me
Penyanyi : Dato Seri Vida
Komposer : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim

Lagu Tamil Dendangan Terbanyak

Pogiren
Penyanyi : Mugen Rao ft Prashan Sean
Komposer : Prashan Sean
Lirik : Mugen Rao

Lagu Luar Negara Dendangan Terbanyak

Wei Da De Miao Xiao
Penyanyi : Lin Jun Jie
Komposer : Lin Jun Jie
Lirik : Xiao Han

Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi

Piao Xiang Bi Fang
Penyanyi : Namawee
Komposer : Namawee
Lirik : Namawee

Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi

– Luncai Emas Sdn Bhd

Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi

– Universal Music Publishing Sdn Bhd

Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi

– Namawee

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Anugerah MACP 2021
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara