Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Radin Jawab Dakwaan ‘Demand Pilih Job’

Sebaliknya, jejaka daripada Perak ini mementingkan soal kesesuaian masa dan jadual hariannya

by Khai Azfar
December 29, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini timbul dakwaan melibatkan penyampai radio dan pengacara popular, Radin yang dikatakan terlalu memilih tawaran yang diberikan kepadanya.

Radin Tidak Pilih Tawaran

Menjawab dakwaan tersebut, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 31, tampil menjelaskan perihal sebenar. Menurut penyampai radio ERA ini, dia tidak pernah memilih setiap tawaran yang diberikan.

View this post on Instagram

A post shared by RAA (@radin_era)

Sebaliknya, jejaka daripada Perak ini mementingkan soal kesesuaian masa dan jadual hariannya sebelum menerima sesuatu tawaran. Pendedahan teersebut sekaligus turut menjauhkan tafsiran bahawa Radin merupakan seorang yang tamak akan peluang diterima.

“Saya ada tugas hakiki sebagai penyampai Era jadi saya kena fikirkan itu sebelum berani mengambil komitmen lain.

“Kalau tawaran yang tidak bertembung pasti saya terima dengan hati terbuka, tapi kalau sampai perlu berada di luar lokasi itu memang saya mohon maaf saya tidak boleh lakukan,” jelas Radin

Mahu Kendalikan Acara Besar 

Dalam pada itu, Radin sentiasa bersedia untuk menerima cabaran menerusi tawaran sama ada sebagai pengacara atau pelakon namun masih berpendirian untuk tidak terimanya semborono. Malah, dia turut menyimpan hasrat untuk menjadi pengacara program yang lebih besar termasuk di acara yang berprestij.

“Saya tak kisah asal bawa rezeki saya okay saja. Tapi pasti saya juga ada cita-cita dan impian mesti nak jadi pengacara untuk acara besar.

“Saya bersyukur bakat saya semakin dilihat dan saya yakin akan sampai rezeki untuk saya nanti,” katanya lagi

Dalam perkembangan lain, Radin yang dikenali ramai dengan sikap peramahnya juga dalam perancangan untuk menamatkan zaman solo. Menjelaskan perihal tersebut, anak ketiga daripada empat beradik ini akan berkongsinya pada umum apabila sudah bersedia serta pada masa yang sesuai. Sekadar info, Radin kini hangat bercinta dengan pramugari dikenali sebagai Azlina Idris.

Error happened.
Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella 'On Time'
radin era
https://lomp.at/rmajs
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara