Saturday, May 28, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Penerbit Saat Kau Takluk Cinta Ini Terharu Drama Jadi ‘Trending’

Drama ini kini ditayangkan di slot Samarinda TV3

by Khai Azfar
December 29, 2021
Penerbit Saat Kau Takluk Cinta Ini Terharu Drama Jadi ‘Trending’
Share on Facebook

Baru sahaja ditayangkan, namun drama Saat Kau Takluk Cinta Ini telah mencetuskan fenomena nya tersendiri.

Dibintangi Barisan Pelakon Hebat 

Diadaptasikan daripada novel berjudul yang sama karya Sera Hezra, drama yang ditayangkan di slot Samarinda di TV3 ini membariskan ramai nama-nama popular tanah air. Selain Idris Khan dan Intan Najuwa selaku pelakon utama, Saat Kau Takluk Cinta Ini turut dibintangi oleh Wafariena, Shakilla Koriri, Shazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Raja Azmi, Farhan Asri, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Menurut Jaja Ishak selaku penerbit Kembara Sufi Production Sdn Bhd,dia berasa gembira dan bersyukur dengan sambutan yang diterima apatah lagi ketika negara sedang berhadapan dengan konflik banjir.

“Alhamdulilah, sambutan yang diterima cukup baik dan saya gembira dengan sambutan peminat. Dalam pada negara berhadapan dengan musibah banjir, masih ada lagi yang memberikan sokongan kepada drama Saat Kau Takluk Cinta Ini,” kata Jaja

Drama Jadi Trending 

View this post on Instagram

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

IKLAN

Paling mengujakan apabila drama berkenaan juga trending nombor satu menerusi aplikasi Iqiyi Malaysia yang turut menayangkan drama ini menerusi aplikasi penstriman sejam selepas ditayangkan di TV3.

“Memang banyak cabaran yang kita hadapi untuk menyiapkan drama ini. Kami telah memulakan penggambaran pertengahan tahun ini sebenarnya.

“Namun dek kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika itu, kami terpaksa menangguhkan penggambaran dan menyambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan. Melihatkan sambutan hangat daripada peminat, itu menambahkan lagi semangat kami,” tambahnya.

Dalam pada itu, penerbit ini turut berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan pelakon-pelakon hebat di dalam drama yang disifatkannya sebagai penuh dengan dramatik.

“Jika diikutkan jalan cerita yang dipersembahkan dalam drama ini begitu kuat dan penuh dramatik. Saya beruntung kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat kali ini.

“Semua memberikan kerjasama yang baik dan dalam masa yang sama terus menghidupkan watak mereka. Saya harap drama ini terus diterima ramai dan memberikan sesuatu yang baharu kepada semua,” kata Jaja lagi.

Tedahulu, Jaja melancarkan lagu Takdir nyanyian Aliff Iskandar yang dijadikan runut bunyi untuk drama ini. Lagu tersebut boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music dan boleh juga didengar melalui semua platform digital.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: Jaja ishakSaat Kau Takluk Cinta Ini
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

‘Hampir 2 Tahun Saya Tunggu’- Datuk Ayu Puteh Lega Kes Saman E-Dagang Terkenal Bermula
Filem

‘Hampir 2 Tahun Saya Tunggu’- Datuk Ayu Puteh Lega Kes Saman E-Dagang Terkenal Bermula

by Phic Arman
May 25, 2022

2 tahun lepas, Penerbit dan pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd., Datuk Normashayu Puteh memfailkan saman terhadap...

Read more
Anda Peminat Filem Perancis? Kini ‘The French Festival”Kembali
Filem

Anda Peminat Filem Perancis? Kini ‘The French Festival”Kembali

by Phic Arman
May 20, 2022

Alliance Française di Malaysia kembali ke persada budaya dengan program yang dinanti-nantikan iaitu Le French Film Festival 2022 (LFFF22)! https://www.instagram.com/p/CdpiqgApoFt/?igshid=YmMyMTA2M2Y=...

Read more
Kos 8 Juta! Filem Arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini
Filem

Kos 8 Juta! Filem Arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini

by Aphit J.
May 14, 2022

Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton dengan buah tangan terbaharu...

Read more
Awesome TV Akui Rasa Teruja Dapat Siarkan Debat Perdana Menampilkan Dua Ahli Politik Berpengaruh
Filem

Awesome TV Akui Rasa Teruja Dapat Siarkan Debat Perdana Menampilkan Dua Ahli Politik Berpengaruh

by Phic Arman
May 12, 2022

Saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV bakal membawakan siaran langsung program istimewa ‘Debat Perdana’ yang menampilkan dua figura...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    ‘Lebih Kurang Sama Dengan Gambar Yang Tengah Viral” – Netizen Samakan Sambutan Hari Lahir Anak Jep Dengan Menteri

  3. 3

    Oksana Voevodina Tetap Yakin Anak Lelakinya Ismail Leon Berdarah Campuran Malaysia, Ini Buktinya!

  4. 4

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  5. 5

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera