Daun nangka atau nama saintifiknya adalah Artocarpus heterophyllus L mempunyai beberapa bahan aktif seperti flavoloid, saponin, dan tanin. Daun dari pokok nangnka ini telah digunakan oleh masyarakat sebagai ubat untuk melegakan batuk, masalah penghadaman, dan pelbagai penyakit kulit.  Berikut adalah 5 khasiat daun nangka yang ramai tidak tahu. Stay tune guys!

1Mengelak Pertumbuhan Bakteria Penyebab Jangkitan

Antibakteria adalah bahan yang boleh mengganggu pertumbuhan bakteria. Seperti tanaman herba yang lain, daun nangka juga mempunyai sifat antibakteria seperti saponin, flavonoid, dan tanin.  Menurut laporan dari Journal of Agrotechnics pada tahun 2018, daun nangka terbukti dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria Staphylococcus aureus, yang mana merupakan bakteria yang kebiasaannya menjangkiti tubuh manusia pada saluran pernafasan dan saluran penghadaman.

IKLAN

2Menyembuhkan Luka Terbuka

Daun nangka juga mempunyai potensi untuk mengubati luka. Daun nangka mengandungi beberapa bahan seperti flavonoid yang dapat meransang pertumbuhan sel baru pada luka.

3Meredakan Keradangan (Inflammation)

Keradangan atau inflammation adalah mekanisme tubuh untuk melindungi dirinya dari jangkitan. Ekstrak daun nangka mempunyai kesan anti-radang sebanyak 10 peratus sehingga 15 peratus. Sebatian flavonoid yang terdapat pada daun nangka adalah sebatian aktif yang memberikan kesan anti-radang.

4Melegakan Kesakitan

Manfaat lain yang terdapat pada daun nangka adalah kesan analgesik. Analgesik adalah penghilang rasa sakit atau painkillers. Satu kajian yang menyatakan bahawa ekstrak etanol daun nangka mempunyai kesan analgesik dan bahan-bahan yang bertindak sebagai egen analgesik adalah flavonoid.

Dalam kajian yang sama menyatakan bahawa flavonoid berfungsi sebagai anallgesik dengan melindungi membrane lipid dari sebarang kerosakan. Ia juga menghalang enzim cyclooxygenase l yang merupakan laluan untuk sintesis mediator kesakitan seperti prostaglandins.

5Menangani Radikal Bebas

Tidak lengkap rasanya jika tumbuhan herba tidak mempunyai kesan antioksidan semulajadi. Daun nangka juga sangat berguna untuk menangani radikal bebas. Menurut Journal of Chemistry pada tahun 2016, ekstrak ethyl acetate dari daun nangka mempunyai kesan yang dapat menangani radikal bebas walaupun ianya lebih kecil daripada vitamin C. Kesan antioksidan ini disebabkan oleh aktiviti sebatian flavonoid, saponin, dan steroid. 

Berikut adalah lima khasiat daun nangka yang dapat menyokong kesihatan tubuh. Walaupun terbukti ianya mempunyai nutrisi dan memberikan pelbagai khasiat, anda tetap perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu jika anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu. Stay healthy!