Membeli cenderamata ataupun ole-ole sudah menjadi kewajipan ketika pulang dari melancong. Kadangkala seringkali rasa takut untuk membeli kerana harganya yang terlampau tinggi sehinggakan anda terpaksa fikir dua kali untuk membelinya.

Berikut adalah 5 tips yang boleh digunakan untuk pastikan harga cenderamata jauh lebih murah menurut IDN Times.

IKLAN

1Berkomunikasi Dengan Cara Yang Sopan Dan Ramah

via Tour India

Keakraban antara pelancong dan penjual akan muncul walaupun melalui perbualan kecil terutamanya jika pelancong boleh menggunakan bahasa tempatan dari kawasan yang mereka kunjungi.

Sekiranya pendekatan ini berjaya, penjual kadang-kadang tidak teragak-agak untuk menurunkan harga jualan cenderamata kepada pelancong.

2Tawar Menawar Untuk Harga Yang Dimahukan

via A Spoon Of Imagination

Menurut IDN Times, di beberapa lokasi yang menjual cenderamata, tawar menawar telah menjadi amalan biasa antara penjual dan pelancong.

Lebih-lebih lagi jika pelancong pandai menawar harga sehingga mencapai harga yang dimahukan. Pasti tips yang ini dapat menjimatkan perbelanjaan semasa percutian.

3Tanyakan Cadangan Daripada Penduduk Setempat

via India Photo Tour

Sekiranya anda mempunyai kenalan yang tinggal di kawasan yang anda kunjungi, tanyakan cadangan untuk kedai cenderamata murah. Mungkin anda boleh tanyakan pendapat daripada penduduk setempat mengenai kedai yang paling murah dan sesuai untuk membeli cenderamata.

4Membeli Dengan Peniaga Kecil

via Zafigo

Menurut IDN Times, biasanya kedai cenderamata berskala kecil selalu mengenakan harga yang lebih berpatutan daripada kedai yang sudah mempunyai jenama. Inilah yang dapat digunakan oleh pelancong untuk mendapatkan cenderamata dengan harga yang lebih rendah.

5Membandingkan Harga Dengan Kedai Yang Lain

via Journey Wonders

Mungkin tips ini agak memakan masa, tetapi percayalah hasilnya anda akan berpuas hati. Buatlah survey dahulu dengan membandingkan harga dari satu kedai ke kedai yang lain. Pasti anda tidak menyesal kerana anda telah berjaya membuat pemilihan yang paling tepat.

Jadi untuk anda yang merancang untuk melancong dan membeli cenderamata kenangan daripada tempat yang anda kunjungi bolehlah cuba tips di atas sebagai panduan. Selamat Mencuba!