Sebenarnya, negara-negara bersalji di Asia tidak kurang indahnya jika dibandingkan dengan negara-negara di Eropah dan Amerika. Berikut adalah 7 destinasi bersalji paling indah di Asia yang mesti ada dalam senarai percutian menurut IDN Times.

1Kashmir, India

via Time8news

Tidak disangkal lagi, Kashmir merupakan salah satu tarikan utama bagi yang sukakan pemandangan yang menakjubkan dalam musim sejuk. Di sini anda dapat melihat pemandangan Himalaya dan pada musim sejuk, lereng gunung akan berubah menjadi kawasan ski.

IKLAN

2Harbin, China

via Ibtism

Menurut IDN Times, Harbin merupakan daerah di China yang akan diliputi salji sepanjang tahun. Disarankan untuk anda datang pada bulan Januari kerana bandar ini akan menjadi putih dengan festival ais yang mempesonakan.

3Incheon, Korea Selatan

via Wallpaper Access

Selain Seoul, Incheon juga menjanjikan panorama yang indah, terutama pada musim sejuk. Bandar di Korea Selatan ini mempunyai Jisan Forest Resort yang dilengkapi dengan sepuluh larian ski dan beberapa kemudahan lain untuk musim sejuk.

4Taichung, Tiawan

via Pinoy Samosa

Taiwan juga merupakan salah satu negara yang patut ada dalam senarai anda bagi peminat musim salji. Menurut IDN Times, anda boleh ke Taichung dan menikmati pemandangan pergunungan bersalji yang pasti menakjubkan.

5Ulaanbaatar, Mongolia

via Tour Radar

Walaupun dikenali sebagai salah satu bandar paling sejuk di dunia, Ulaanbaatar yang terletak di Mongolia juga merupakan lokasi yang cantik ketika musim salji. Anda boleh memilih untuk melakukan aktiviti Snowboarding di Bogd Khan Mountain dan pastinya ini sangat menyeronokkan!

6Lhasa, Tibet

via Brittanica

Menariknya di Lhasa, anda akan disajikan dengan pemandangan hamparan banjaran Himalaya. Menurut IDN Times, bagi yang sukakan pendakian, anda boleh mencuba mendaki dalam suasana salji di sini.

7Almaty, Kazakhstan

via Ritz Carton

Bagi yang ingin mencuba negara Kazakhstan, anda boleh pergi ke Almaty. Di sini terdapat kompleks sukan yang berada di atas gunung. Kompleks ini juga merupakan kompleks sukan yang tertinggi di dunia. Menarik!

Jadi, ini merupakan 7 cadangan lokasi pelancongan bersalji paling indah di Asia yang boleh menjadi rujukan percutian anda. Mungkin selepas tamatnya pandemik anda boleh pergi ke salah satu negara di atas.