Friday, March 24, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

7 Barangan Artis Bollywood Yang Dilelong. Lukisan Shah Rukh Khan Mencecah RM10 Ribu!

by Ameerul K
January 2, 2021
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai artis bollywood seperti Shah Rukh Khan dan Amir Khan yang pernah memiliki barang ikonik akhirnya dilelong kepada umum. Sebenarnya, barangan yang dilelong juga mempunyai nilai yang sangat hebat dan boleh saja dianggap tidak masuk akal.

Selain mereka, sebilangan artis Bollywood yang lain juga pernah melelong beberapa barang ikonik yang menunjukkan personaliti artis itu sendiri. Malah ada juga yang berani melelong bikini yang pernah dipakai. Jom kita tengok siapakah mereka!

Madhuri Dixit

via wordpress.com

Sebahagian besar filem yang diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali selalunya akan dibelanjakan secara berlebihan. Dalam filem Devdas yang ditayangkan pada tahun 2002, lehenga atau pakaian two pieces  yang dipakai oleh Madhuri Dixit akan dilelong. Biasanya pakaian tersebut akan terjual dengan cepat dan dibeli oleh peminatnya.

Akshay Kumar

via upperstall.com

Akshay Kumar bukan hanya terkenal dengan penampilannya yang hebat tetapi juga kerana sifat keperibadiannya yang baik. Dalam satu adegan dari filem Oh My God (2012), Akshay mengenakan sut yang kemudiannya dihantar ke laman web dan dilelong dengan harga lebih RM80 ribu. Jumlah tersebut akhirnya terkumpul dan diserahkan kepada sebuah organisasi untuk tujuan pendidikan.

Salman Khan

via Bollywood Hungama

Bukan hanya kostum yang dilelong, malah tuala milik Salman Khan juga yang dipakainya dalam lagu Jeene Ke Hai Char Din turut dilelong. Menurut peminat, setiap barangan yang digunakan oleh Salman Khan tidak ternilai harganya. Tuala ini juga memasuki portal dalam talian dan dilelong dengan harga sekitar RM8 ribu dan dana tersebut telah disalurkan ke salah satu NGO.

Shammi Kapoor

via mensxp.com

Shammi Kapoor yang memakai jaket coklat dalam lagu Chahe Mujhe Koi Junglee Kahe (1961). Jaket itu telah dilelong dan dijual denga harga sekitar RM5 ribu. Dilaporkan jaket tersebut dibeli oleh Aamir Khan.

Sunny Leone

via mensxp.com

Setelah menjalani penggambaran Jism 2 (2012), pengarah Pooja Bhatt telah mengumumkan bahawa pakaian dalam atau bikini Sunny Leone yang dipakai dalam filem itu akan dilelong. Sebenarnya bukan hanya pakai Sunny, malahan pakaian semua pelakon-pelakon yang lain juga. Tiba-tiba perkara ini telah mencetuskan kontroversi di kalangan orang ramai dan Pooja Bhatt mengatakan bahawa tujuannya adalah untuk kerja amal. Namun, harga untuk bikini yang dipakai Sunny yang dijual tidak diketahui.

Aamir Khan

via mensxp.com

Filem Lagaan yang telah ditayangkan pada tahun 2001, telah mendapat sambutan yang positif dari segi jalan ceritanya. Filem ini berjaya dicalonkan dalam Anugerah Oscar. Dalam filem ini, tongkat yang digunakan oleh Aamir Khan dan pasukannya telah dilelong dengan harga sekitar RM8 ribu. Dikatakan wang itu juga digunakan untuk tujuan amal.

Shah Rukh Khan

via indianexpress.com

Lukisan doodle milik Shah Rukh Khan ini dikatakan sebagai karya seni oleh salah seorang peminatnya. Coretan tangan itu telah dilelong dengan harga sekitar RM10 ribu. Karya seni itu juga dilelong di Osian’s Greatest Indian Show dan mempunyai wawasan yang unik mengenai dunia Bollywood. Nampaknya grafiti itu juga mempunyai tandatangan Shah Rukh Khan dan kerana itulah antara alasan harganya lebih mahal.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: shahrukhkhan salmankhan akshaykumar artisbollywoodaamirkhan
Share22Tweet14SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Sharnaaz Ahmad “Pujuk” Peminat Jangan Boikot Filem Syamsul Yusof “Original Gangster”, Akui Turut Berlakon
Lokal

Sharnaaz Ahmad “Pujuk” Peminat Jangan Boikot Filem Syamsul Yusof “Original Gangster”, Akui Turut Berlakon

by Puteri Alia
March 24, 2023
Hujan,Bunkface, Insomniacks & Masdo Akan Bersatu Di Konsert Jiwa Kacau, Harga Tiket Bermula RM75!
Lokal

Hujan,Bunkface, Insomniacks & Masdo Akan Bersatu Di Konsert Jiwa Kacau, Harga Tiket Bermula RM75!

by Naddy Joe
March 24, 2023
Mas Khan Kecewa Dengan Layanan Gerai Burger ‘Viral’?-“Diorang Punyalah Langsi…”
Gossip

Mas Khan Kecewa Dengan Layanan Gerai Burger ‘Viral’?-“Diorang Punyalah Langsi…”

by Naddy Joe
March 24, 2023
Tak Mahu Bawa Anak-Anak Berjumpa Ira Kazar, Syamsul Yusof Akui Belum Sampai Hati Bawa Jumpa Mak Tiri
Gossip

Tak Mahu Bawa Anak-Anak Berjumpa Ira Kazar, Syamsul Yusof Akui Belum Sampai Hati Bawa Jumpa Mak Tiri

by Puteri Alia
March 23, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Lucu! Netizen Terhibur Sajat Gelak Dengar Suara Sendiri -“Aduhh Suara Tak Kepit Habis…”

  2. 2

    “Sebab Ira Kazar Je Semua Gaduh” -Syamsul Yusof Warning Aaron Aziz, Caprice Dan Farid Kamil Jangan Melampau!

  3. 3

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

  4. 4

    Sharnaaz Ahmad Tak Lekang Memuji-Muji Bekas Isteri Noor Nabila, Mungkinkah Keluarga Ini Kembali Bersatu?

  5. 5

    Peminat Bimbang Meerqeen ‘Trauma’ Selepas Buat TikTok Dengan Ratu Farah Diva?-“Muka Terpaksa..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan