Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Cik B Terkejut Bapa Tuntut Harta Sepencarian Ibu

by Khai Azfar
January 5, 2021
Share on Facebook

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah di sini telah memutuskan bekas suami kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai DSV gagal mendapatkan hak hadanah untuk bertemu dengan dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14 atau juga mesra disapa sebagai Kacak.

Mahkamah Arahkan Cik B Dan Kacak Hubungi Bapa Sebulan Sekali 

via Twitter Cik B

Memetik laporan Astro Awani, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty mengarahkan Cik B dan Kacak untuk menghubungi bapa mereka, Mohd. Amin Yasin sekurang-kurang sebulan sekali bagi mengelakkan terputusnya ikatan silarutahim antara anak dengan bapa.

“Mahkamah turut memberikan hak kepada kedua-dua beradik itu untuk membuat keputusan bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia.

“Ibu (Datuk Seri Vida) tidak mempunyai hak untuk menghalang kedua-dua anak sekiranya bersedia untuk bertemu ayah mereka,” katanya

Dalam prosiding itu, Datuk Seri Vida diwakili peguam Nurul Shuhada Ab. Aziz manakala Mohd. Amin diwakili oleh peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Tuntut Harta Sepencarian, Cik B Terkejut

Bagaimanapun, usai prosiding tersebut media tempatan turut melaporkan bahawa Mohd.Amin akan mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan serta berhasrat untuk menuntut harta sepencarian dengan bekas isterinya ketika bercerai serta harta dua anaknya yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans.

Dalam pada itu, Cik B yang membaca laporan media tersebut meluahkan rasa terkejut di laman Twitter nya selain turut disokong oleh warganet yang turut membaca ciapan tersebut.

“Adakah awak bergurau dengan saya?” tulis Cik B

Rata-rata daripada mereka mengharapkan agar Cik B sekeluarga akan lebih kuat menghadapi pelbagai dugaan selain turut menasihati selebriti itu untuk tidak melupakan bapanya biar apa pun yang terjadi sebelum ini.

[VIDEO] "Mama Dah Tutup Hijab Cik B Supaya Tak Nampak Hantu"-Dato Seri Vida

Sekadar info, Selain Cik B dan Kacak, Mohd. Amin dan DSV turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie. Bagaimanapun,kedua-dua anak lelaki mereka yang ketika itu masing-masing berusia 11 dan 10 tahun meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah usahawan itu di Meru Hill di Ipoh pada tahun 2013. Mohd. Amin sah bercerai dengan Dr. Vida pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Bapa Cik BBekas suami DSVcik B
https://lomp.at/bsw8x
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara