Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Vaksin COVID-19 Ada Mikrocip? Teguran Dr Amalina Ini Sangat Sarkastik

by Phic ARMAN
January 5, 2021
80
KONGSIAN
Share on Facebook

Terdapat banyak keraguan mengenai vaksin COVID-19, termasuk kandungan di dalamnya. Yang pasti, tidak ada mikrocip di dalamnya, ya.

Bill Gates, pemilik Microsoft, sering menjadi sasaran teori konspirasi ini di mana vaksin, yang sedang dikembangkan dari aliran wangnya, akan menanam mikrocip untuk ditanamkan di dalam tubuh manusia. Menurut sumber, Gates telah memberi dana imunisasi sebanyak USD 1.6 bilion untuk negara-negara miskin.

Sudah Ambil Vaksin Covid-19, Dr Amalina Sangkal Dakwaan Ada Mikrocip

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Hal ini juga turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri, yang kini sedang bekerja di hospital terkemuka di London. Amalina mendedahkan dia telahpun mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Dalam satu sesi bertanya soalan di Instagram Stories-nya, Amalina menegaskan bahawa teori konspirasi mengenai vaksin Covid-19 mengandungi mikrocip sama sekali tidak benar.

“Tidak ada mikrocip dalam vaksin. Lihat betapa kecilnya jarum itu. Anda tidak mungkin meletakkan cip di sana. Selain itu jika ada yang benar-benar ingin menjejaki anda, mereka boleh melakukannya dengan data telefon anda, akaun media sosial anda. Tidak perlu pun  untuk menanam cip”- tulisnya di IG Stories.

Amalina Beranggapan Ramai Yang Percaya KepadaTeori Konspirasi Bulat-bulat

Walaubagaimanapun, Amalina tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana percaya tidak semua orang yang faham dengan ilmu sains. Sebagai seorang doktor, dia akan terus menyampaikan fakta-fakta yang benar melalui platform media sosial yang dimilikinya.

“Apa yang kami boleh buat ada dengan menerangkan secara lebih jelas. Kebanyakkan mereka mungkin tidak faham ilmu Sains dan percaya kepada teori konspirasi bulat-bulat. Ada juga yang mempunyai agenda sendiri untuk menjual barang melalui dakwaan mereka. Ramai juga yang hanya baca tajuk berita yang kontroversi tapi tidak pula membaca risalah penyelidikan”

“Saya dan doktor-doktor lain akan terus menyampaikan ilmu selagi yang kami mampu. Ada banyak Instagram rakan-rakan saya yang anda boleh ikuti. Saya selalu kongsi hantaran mereka di sini”- tambahnya lagi

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Dr Nur Amalina Che BakriVaksin Covid-19
https://lomp.at/ugs2u
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem