Adakah anda pernah mendengar istilah IMEI sebelum ini? IMEI adalah nombor siri yang biasa dicetak pada kotak gajet, termasuklah iPhones dan peranti Apple yang lain. Anda mungkin menganggapnya sebagai nombor biasa kerana tidak menjelaskan apa yang dilakukannya.

IMEI bermaksud International Mobile Equipment Identity, nombor unik untuk identification. Dalam erti kata lain, ia adalah production code yang membezakan satu peranti dengan peranti yang lain. Berikut adalah cara untuk memeriksa IMEI untuk mengetahu sama ada iPhone anda adalah asli ataupun fake. Stay tune guys!

IKLAN

Apakah Fungsi IMEI?

IMEI biasanya terdiri daripada 14 hingga 16 nombor digit yang unik dan nombor ini juga diperlukan semasa anda ingin membaiki peranti yang rosak. Bukan itu sahaja, IMEI juga berguna sewaktu iPhone hilang atau dicuri. Anda boleh melaporkannya di iPhone Center supaya iPhone boleh disekat dan tidak dapat digunakan oleh mereka yang menjumpai atau mencurinya.

1Check iPhone IMEI Pada Kotak Peranti

Anda juga boleh periksa bahagian belakang kotak peranti yang terdapat beberapa jenis nombor iaitu nombor SN, SKU, dan IMEI. Jadi anda tahu apa yang perlu direkodkan bukan?

Bagaimana jika terdapat dua nombor IMEI yang berbeza? Beberapa peranti yang mempunyai IMEI1 dan IMEI2 ini menunjukkan bahawa peranti anda mempunyai dua slot kad SIM. Dan secara amnya, hal ini berlaku pada telefon pintar Android.

2Periksa Melalui Sistem Dalam Tetapan (Setting)

Jika anda tidak mahu bersusah payah mencari kotak peranti, anda boleh segera memeriksanya dalam tetapan (setting) pada iPhone anda. Caranya juga mudah, anda hanya perlu:

Pergi ke Tetapan (Setting) > Umum (General) > Tentang (About)

Setelah anda pergi ke About, anda akan menemui spesifikasi telefon pintar yang lengkap, termasuklah nombor IMEI.

3Periksa Pada Bahagian Belakang iPhone

Jika anda mempunyai iPhone jenis 5/ 5c/ 5s/6 /6+, anda juga boleh memeriksa IMEI pada bahagian belakangnya. Ia sudah diukir pada bahagian bawah tulisan pada iPhone, mudah bukan?

4Periksa Pada Slot Kad Sim

IMEI bukan sahaja tertulis di bahagian belakang, anda juga boleh mencarinya di dalam slot untuk kad sim.  Setelah anda mengeluarkan slot kad sim dari iPhone, anda akan melihat nombor IMEI/ MEID tetapi ia hanya terdapat pada model-model tertentu sahaja.

IKLAN

5Periksa Melalui Kod Dail (Dial Code)

Kaedah ini boleh dilakukan pada semua jenis telefon pintar, termasuklah iPhone. Anda hanya perlu:

Pergi ke phone menu > Taip kod *#06#

Dan secara automatik, peranti akan memaparkan nombor IMEI anda.

Catat IMEI Di Tempat Yang Selamat

Selalunya ramai yang akan keliru , IMEI adalah berbeza dengan nombor SIM. Dan hal ini tidak akan berubah walaupun anda menukar nombor telefon anda. Memandangkan nombor unik ini penting untuk device identification, anda harus merekodnya di tempat yang selamat. Sebolehnya, anda jangan merekodnya di iPhone, kerana ia tidak akan memberi kesan jika peranti anda dicuri.

Selamat mencuba!