Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Fitri Haris & Rabithah Selit Isu Kesihatan Mental Dalam Dalil Cinta

by Khai Azfar
January 6, 2021
Share on Facebook

Semakin dikenali ramai apatah lagi selepas kejayaan meraih kedudukan 3 teratas dalam kategori Artis Nasyid Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 baru-baru ini, kumpulan nasyid Rabithah kini tampil dengan buah tangan terbaharu bergandingan bersama juara Gema Gegar Vaganza musim kedua, Dr.Fitri Haris.

Ketengahkan Isu Kesihatan Mental 

Menariknya mengenai karya mereka yang berjudul Dalil Cinta ciptaan Akmal Mustafa dan penulis lirik Hasif Sazali, kali ini isu kesihatan mental yang kian membelenggu masyarakat dunia hari ini telah dipertengahkan. Malah ianya diperakui oleh Dr.Fitri yang melihat masalah kesihatan mental di Malaysa berada dalam keadaan membimbangkan.

“Sejak krisis pandemik covid-19 melanda negara, kita boleh lihat semakin ramai golongan belia dan remaja menzahirkan gejala-gejala permasalahan ini di media sosial tanpa mereka sedari.

“Amat menyedihkan bila respon yang mereka terima daripada masyarakat boleh dikatakan amat negatif dan langsung tidak membantu.

“Keadaan ini mendorong saya dan juga Rabithah mengangkat isu ini sebagai tema dalam Dalil Cinta dengan harapan lirik yang kami nyanyikan ini mampu memberikan sedikit sinar harapan buat mereka untuk memulakan tahun baharu 2021” kata Dr Fitri dalam kenyataan media

Tambah bekas anggota UNIC ini lagi, pengalamannya menghadapi jatuh bangun dalam industri menjadikan Dalil Cinta suatu karya yang amat dekat di hati.

Anggap Inteam Layak Menang 

Mengulas mengenai keputusan pada malam Anugerah Nasyid Malaysia baru-baru ini, wakil kumpulan Rabithah berkata mereka berpuas hati dengan kemenangan Inteam dalam kategori Artis Nasyid Pilihan dan menganggap berada dalam kedudukan tiga teratas merupakan pencapaian yang besar bagi mereka.

“Berjaya ada dalam top 3 pun sudah cukup membanggakan buat kami lebih-lebih lagi bila dapat tahu jarak undian antara kami dan kumpulan Inteam tidak terlalu jauh.

“Pada kami, ini sendiri satu petunjuk bahawa golongan artis nasyid muda dan baharu yang ada dalam industri nasyid mampu untuk berdiri bersama dengan artis-artis nasyid hebat seperti mereka” katanya

Untuk rekod, ini merupakan kolaborasi kedua di antara Rabithah dan juga Fitri Haris selepas kerjasama pertama mereka menerusi lagu ‘Hatiku’ (Ice Cream versi dakwah) nyanyian asal Blackpink dan Selena Gomez berjaya menggemparkan dunia hiburan.

Anak Fitri Haris Disahkan Menghidap Pneumonia-"Tiada Ibu Bapa Yang Sanggup Lihat Anaknya Sakit.."

YouTube video

fitri HarisRabithah
https://lomp.at/p9jox
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Indonesia

King Nassar Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 31 Julai Ini

by Naddy Joe
May 4, 2026

Kuala Lumpur bakal menyaksikan satu malam penuh gemilang dengan sentuhan pop fusion apabila penyanyi terkenal Indonesia, Nassar, membawakan konsert yang...

Read moreDetails
Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

  5. 5

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara