Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Selepas Khai Bahar, Siti Nordiana Kini Berduet Dengan Nubhan

by Khai Azfar
January 6, 2021
Share on Facebook

Penyanyi ini terus melakar pelbagai kejayaan dalam bidang seni baik sebagai pelakon mahupun penyanyi kedua-dua kariernya itu berjaya meletakkan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana berada di kelas tersendiri.

Nana Berduet Dengan Kawan Baik 

Selepas kejayaan single Satukan Rasa bersama penyanyi, Khai Bahar, Nana muncul dengan single duet terbaharu bersama penyanyi yang juga rakan baiknya, Nubhan Ahamad berjudul Sekali Lagi.

Tampil Dengan Mini Siri Seperti Angkara 

Lagu ciptaan sepenuhnya Sepet dan Nana itu menampilkan genre pop balada namun melodi yang diketengahkan adalah segar sesuai dengan pasaran muzik hari ini. Sama seperti video muzik Angkara, lagu terbitan syarikat Seventeen Eleven Music itu turut dilancarkan serentak dengan mini siri sebanyak tiga episod bermula 4 Januari pukul 9 malam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music. Difahamkan, idea menghasilkan mini siri itu adalah atas permintaan peminat selepas menerbitkan mini siri empat episod untuk video muzik lagu itu sebelum ini.

Menerusi carian Murai.my menerusi video episod pertama itu, ianya telah ditonton lebih dari 60 ribu tontonan dan berada di kedudukan 24 cara trending YouTube.

“Ramai peminat nak macam konsep video muzik Angkara. Disebabkan mereka sudah lama tidak menonton lakonan di kaca TV, jadi mereka buat permintaan untuk video muzik terbaharu ini dibuat dalam konsep sama.

“Bagi saya ia sesuatu yang menarik, sekali gus dapat mengubat kerinduan peminat. Sekurang-kurangnya, tidak dapat tengok saya berlakon di TV, dalam video muzik pun okay. Dapat juga saya lepaskan rindu dalam lakonan,” katanya.

Biarpun idea penghasilan video muzik itu sama, namun kali ini Nana sendiri bertindak selaku penulis skrip dan jalan cerita sekaligus ingin mencari kelainan dalam penceritaan Sekali lagi. Malah, Nana juga terbabit secara langsung ketika proses suntingan dilakukan.

“Kalau dulu saya hanya berlakon dalam video muzik. Tapi, untuk video muzik kali ini, saya adalah penulis. Walaupun pengarah orang lain iaitu Atmin Mazid, tapi dia akan bertanya kepada saya secara keseluruhan apa yang ingin disampaikan. Begitu juga ketika proses suntingan, mereka akan tanya saya.

“Pendek kata, untuk projek kali ini sangat istimewa. Saya berasakan ini satu lagi permulaan yang bagus dalam kerjaya saya. Dalam masa sama, dapat mempelajari perkara baharu terutama kerja di belakang tabir.

“Dalam video muzik ini juga saya melakonkan watak wanita yang menjengkelkan. Banyak momen yang dipaparkan membuatkan penonton akan berasa geram. Semua ini bagi disesuaikan dengan lirik yang dihasilkan,” katanya lagi.

Cari Penyanyi Suara Serak 

Mengenai pemilihan Nubhan, Nana sememangnya ingin mencari penyanyi bersuara serak dan bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam itu mempunyai kualiti vokal yang bersesuaian dengan lagu yang dihasilkan.

“Bagi saya Nubhan memiliki vokal yang sangat sesuai dengan lagu ini. Saya memang mencari penyanyi lelaki yang bersuara serak. Jadi, karakter vokal Nubhan ada. Lagi pula, sudah lama tidak mendengar dia menyanyi dan muncul dengan lagu baharu.

“Apabila saya tawarkan projek ini, dia kata okay selain mahu menjadikan single duet ini sebagai kesempatan untuk membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian. Paling penting bagi saya adalah, vokal Nubhan ini unik dan ‘rare’ sebab jarang ada dalam negara kita. Jadi, saya ingin ketengahkan dalam lagu ini sekali gus memberikan warna berbeza,”

“Sebelum merakamkan lagu ini dan mencari pasangan duet, saya bagi Nubhan dengar dan minta dia nyanyi sedikit. Apabila dia nyanyi, semua cakap sesuai. Malah, apabila saya perdengarkan pada guru vokal, mereka juga bersetuju.

“Sejujurnya, dia memang pilihan pertama saya. Tidak tahu macam mana boleh terfikir dia. Kiranya selepas merakamkan lagu ini pada Oktober tahun lalu dan mendengarkan hasilnya, saya dapat apa yang dimahukan,” tambahnya.

Menurut Nana, lagu Sekali Lagi memiliki melodi yang mesra pendengar dan berharap ia dapat diterima baik seperti lagu-lagu yang dihasilkan sebelum ini.Episod kedua Sekali Lagi akan ditayangkan pada 11 Januari dan diikuti episod ketiga yang turut menayangkan video muzik rasmi lagu Sekali Lagi pada 18 Januari 2021.

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Siti Nordiana Nubhan
https://lomp.at/uwn7x
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara