Mesin basuh menjadi menjadi kelengkapan wajib bagi setiap rumah yang membantu melakukan tugas-tugas pencucian seperti pakaian harian, cadar katil, langsir, dan banyak lagi.

Penyelenggaraan mesin basuh secara berkala amat membantu mesin basuh untuk bertahan lama sehingga bertahun-tahun. Namun tanpa sedari, anda telah melakukan perkara-perkara yang akan memendekkan jangka hayat mesin basuh.Adakah anda melakukan perkara-perkara ini? Stay tune guys!

IKLAN

Memasukkan Pakaian Terlalu Banyak

Mungkin kerana tergesa-gesa, anda tanpa sedar telah memasukkan terlalu banyak pakaian ke dalam mesin basuh anda. Sebenarnya tabiat ini akan memberi kesan terhadap mesin basuh anda, yang mana memberikan tekanan tambahan pada motor mesin basuh anda.

Selain itu, beban yang terlalu berat akan menghilangkan keseimbangan mesin basuh yang akan mempengaruhi kualiti pencucian pakaian anda.

Terus Menutup Mesin Basuh Selepas Digunakan

Jangan tutup penutup mesin basuh sebaik sahaja menggunakannya. Ini adalah salah satu kesalahan terbesar yang sering dilakukan oleh ramai orang. Mereka berpendapat bahawa membiarkan penutup mesin basuh terbuka akan menghasilkan kotoran dan habuk di dalam mesin.

Membiarkan penutup mesin basuh terbuka selama 15 hingga 30 minit dapat menghilangkan kelembapan dan mencegah pembiakan kulat dan bakteria pada mesin basuh anda. Cara ini juga dapat mengeringkan tab dan melindungi delicate parts daripada kerosakan disebabkan kelembapan.

Kaedah yang baik untuk memastikan bahagian dalam mesin tidak mempunyai kelembapan adalah dengan mengelapnya dengan tuala tebal yang kering 15 – 30 minit selepas pencucian berakhir.

Menggunakan Extra Detergent

Anda melihat pakaian anda benar-benar kotor dan anda menggunakan extra detergent, anda telah melakukan kesilapan. Adalah lebih baik anda mencucinya dua kali berturut-turut dengan jumlah detergent biasa daripada muatkan extra detergent.Kini banyak mesin basuh yang direka untuk menjimatkan tenaga dan air. Sabun tambahan tidak akan dibilas dengan betul dengan jumlah air yang dikeluarkan.

Membiarkan Pakaian Terlalu Lama Di Dalam Mesin Basuh

Kadangkala anda sudah tentu sering terganggu dengan tugas-tugas lain sewaktu mencuci pakaian menggunakan mesin basuh. Tetapi membiarkan pakaian yang dicuci terlalu lama di dalam mesin basuh akan menghasilkan kulat dan seterusnya membuatkan pakaian anda berbau. Anda boleh tetapkan timer atau reminder pada telefon pintar anda agar pakaian anda sentiasa tidak rosak dan berbau busuk.

Memilih Setting Yang Salah

Pelajari built-in setting pada mesin basuh anda dan cara menyesuaikannya untuk pakaian anda. Ianya benar bahawa pakaian anda boleh dicuci dengan typesetting normal dan akan keluar dengan sempurna.

IKLAN

Jika anda mempunyai tabiat mencuci semua pakaian pada setting yang sama, pelajari untuk mengasingkan pakaian yang mempunyai special instructions yang perlu dicuci sendiri atau dalam jumlah yang kecil. Hal ini akan menyelamatkan pakaian dan mesin basuh anda dari sebarang masalah.

Selamat mencuba!