Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Tak Sempat Bertanding, Ini Fakta Kematian Misteri Finalis Ratu Cantik Mexico

by Zaidin Albert
January 7, 2021
Share on Facebook

Seorang ratu cantik baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan misteri. Tragisnya, wanita bernama Ximena Hita itu ditemui mati di rumahnya sendiri.

Lebih mengejutkan,  sehingga kini punca kematian finalis Miss Mexico itu belum diketahui dan menimbulkan tanda tanya. Pemergiannya meninggalkan kesedihan yang mendalam bagi rakan dan keluarga.

Foto: The Sun
Foto: The Sun
Foto: The Sun

Lebih-lebih lagi sebelum dia meninggal dunia, dia telah menulis ucapan perayaan hari Krismas yang menyentuh hati. Bukan hanya ratu cantik, wanita ini juga memberi inspirasi kepada pada wanita kerana dia bekerja sebagai paramedik ketika pandemik Covid-19.

Jika dia masih hidup, wanita ini bakal meneruskan kerjaya sebagai jururawat. Ximena juga seharusnya bertanding bersama para peserta Miss Mexico untuk berentap merebut gelaran Miss Mexico 2021. Di media sosial rata-rata finalis yang bakal bertanding meluahkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergiannya.

Foto: The Sun

Sehingga kini pihak berkuasa mengesyaki bahawa Ximena bunuh diri, tetapi kejadian sebenarnya belum diketahui. The Sun melaporkan bahawa siasatan lanjut akan dilakukan untuk mencari punca kematian yang tepat.

Ximena pernah memenangi Miss Aguascalientes pada tahun 2019 dan akan mengikuti Miss Mexico 2021 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mac ini.

Error happened.
bunuh diriMexicomiss universeratu cantikratu cantik dunia
https://lomp.at/00pzr
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara