7 Artis Korea Yang Berjaya Turunkan Berat Badan Dengan Diet Juvis

Mesti Baca

Ingat Lagi ‘Rrama’ Dalam Cicak Man 2? Kini Tamara Berusia 46 Tahun & Bakal Terima Menantu

Masih ingat lagi dengan pelakon sinetron popular di era 90an, Tamara Bleszynski? Kalau anda tak ingat, dulu aktres cantik...

Gempar! Pengarah & Suami Aktres Terkenal DM Teman Lelaki Nur Sajat?

Kontroversi mengenai usahawan sensasi Nur Sajat telah menarik ramai perhatian untuk memberi kenyataan termasuklah para selebriti iatu suami kepada...

‘Nak Muntah’- Maria Ozawa Kenang Hari Pertama ‘Shooting’ Selepas 6 Tahun Bersara Dari Filem Porno

Setelah membuat pengakuan telah bersara dari industri filem porno, ternyata kehidupan Maria Ozawa menjadi perhatian media. Wanita berusia 35...

Penyanyi Korea Selatan, Park Bom telah memuat naik penampilan terbarunya dengan berat badan yang turun sebanyak 11kg di akaun instagram miliknya baru-baru ini. Maka terungkaplah, penyanyi berusia 36 tahun ini telah menjalani Diet Juvis sebelum mengeluarkan lagu terbarunya.

Oleh itu, ramai netizen yang ingin tahu apa itu Diet Juvis. Nampaknya, Juvis adalah sebuah syarikat perunding diet yang telah memberi kejayaan dalam program diet di kalangan selebriti Korea Selatan.

Salah satu selebriti yang dimaksudkan ialah Park Bom, dia yang telah berjaya menurunkan berat badan dari 70 kg kepada 59 kg. Bukan hanya Park Bom, nampaknya banyak lagi artis lain juga telah berjaya menjalani program penurunan berat badan di Juvis. Mereka telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 40kg. Siapakah mereka ini? Jom kita tengok!

Berikut adalah beberapa selebriti Korea yang telah berjaya menurunkan berat badan melalui bantuan Diet Juvis.

Park Bom

via jawapos.com

Dipetik dari Allkpop, penyanyi Park Bom adalah salah satu artis Korea yang berjaya menurunkan berat badan dengan diet di Juvis. Menurutnya, untuk melakukan diet ini agak sukar kerana dia perlu kerap meminum ubat bagi merawat Attention Deficit Disorder (ADD), iaitu gangguan neurologi yang menyebabkan pelbagai masalah tingkah laku seperti kesukaran untuk mengikuti arahan dan memberi tumpuan.

“Ini adalah penampilan pertama saya di satu pertunjukan anugerah. Saya sendiri agak terkejut dan menjalani diet, akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11kg iaitu dari berat badan sebelum ini 70 kg dan yang kini hanya 59 kg. Saya juga menjalani terapi ADD dan perlu mengambil ubat, diet ini menjadi sangat sukar namun saya tetap berjaya melakukannya,” tulis Park Bom dalam satu kenyataan di gambar di instagram miliknya.

Perubahan mood dan selera makan yang sukar dikawal menjadi halangan semasa Park Bom mengikuti diet ini. Namun, kerana kesabaran dan kesungguhannya, dia telah berjaya memperoleh hasil yang memuaskan dan sekarang dia tidak perlu lagi mengambil banyak ubat seperti sebelum ini.

Shindong Super Junior

via Allkpop.com

Pada tahun 2020, seorang anggota Super Junior, Shindong ada berkongsi pengalaman program diet yang dilakukannya di Juvis dan berjaya menurunkan berat badan sehingga 37 kg. Lelaki yang berusia 35 tahun ini mengakui bahawa dia hanya makan tiga kali sehari dengan menu yang kaya dengan nutrien sahaja.

Dia juga ada menyebut bahawa kunci utama menjalani Diet Juvis adalah dengan menjaga bahagian makanan. “Anda harus mengambil jumlah makanan yang sama dengan sarapan, makan tengahari dan makan malam.” kata Shindong seperti yang dikeluarkan oleh Kpopstarz.

Moon Hee Jun HOT

via Allkpop

Setelah mendirikan rumahtangga, penyanyi Moon Hee Jun mengakui berat badannya telah bertambah sehingga 85kg. Dia juga pernah mencuba berbagai diet untuk menurunkan berat badannya namun tidak berhasil sehinggalah dia mencuba untuk Diet di Juvis dan hasilnya dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kg. Berat badannya yang terkini adalah 68 kg dan sekarang dia hanya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan secara teratur dan tidak lagi mengambil minuman manis dan berkarbonat serta makanan ringan.

Kangnam

via Koreaboo

Semasa kemunculannya sebagai idola K-Pop, penyanyi Kangnam telah kehilangan berat badan sebanyak 15 kg dengan melakukan pelbagai jenis diet. Namun, akibat dari amalan diet yang terlalu drastik dan salah, dia telah pengsan sebanyak 3 kaliĀ  dan berat badannya juga telah meningkat semula. Tetapi setelah melakukan diet Juvis yang betul, dia sekali lagi telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 15 kg tanpa rasa terseksa dan dapat menjalaninya dengan lebih santai.

Dana CSJH

 

via Chosun

Orang ramai terkejut dengan penampilan Dana CSJH yang kelihatan lebih berisi. Ternyata berat badannya bertambah kerana tekanan dan pernah mengalami kemurungan. Di Juvis, Dana menjalani diet santai yang telah berjaya membantunya menurutkan berat badan sebanyak 27 kg. Penampilan terkininya telah mendapat banyak pujian dari netizen dan para peminat.

Kim Tae Woo GOD

via Ettoday

Penyanyi Kim Tae Woo dari kumpulan GOD adalah salah satu artis Korea yang pertama menjalani program diet di Juvis. Pada tahun 2016, dia telah mendedahkan bahawa berat badannya yang terkini adalah 85 kg berbanding sebelumnya iaitu 113 kg. Dia juga mengakui bahawa penurunan berat badannya ini adalah dari hasil kesungguhannya sendiri serta peminatnya dan dia merasakan gaya hidupnya kini lebih sihat dan segar.

Sam Hammington

via Kompas

Seorang penghibur yang berasal dari Australia dan meneruskan kerjayanya di Korea Selatan, Sam Hammington juga telah berjaya menurunkan berat badannya bersama Juvis. Dilaporkan, ia hanya memakan masa selam 4 minggu untuk menurunkan berat sebanyak 14 kg. Sebelum ini, beratnya adalah 120 kg dan kini berat badannya adalah 106 kg.

Terkini

Lagu Aniq Muhai Trending Selepas Menang Anugerah Nasyid Malaysia!

Pendatang baharu, Aniq Muhai kini semakin dikenali ramai apatah lagi selepas dinobatkan sebagai Artis Nasyid Baharu Pilihan di malam...

Artikel Berkaitan