Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Gara-gara Filem The Purge, Kenyataan Janna Nick Di Twitter Kena Kecam

by Zaidin Albert
January 8, 2021
46
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara TV tempatan, Janna Nick, nampaknya muncul menjadi Trending nombor 1 di Twitter. Apa yang dah berlaku sebenarnya?

Sebenarnya ia bermula selepas ramai yang berkongsikan kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat pagi semalam (7 Januari), setelah penyokong Presiden Donald Trump menyerbu Bangunan Capitol di Washington dan menyebabkan kematian seorang wanita.

Hal ini juga  telah mendapat perhatian pengacara Melodi itu. Janna membandingkan kejadian  itu dengan apa yang diterapkan melalui filem The Purge yang sedang trending sekarang.

Dia menekankan mengapa sekatan dan panduan filem diperlukan, seperti bagaimana Malaysia mengenakannya.

“#ThePurge yang sedang trending menunjukkan kesan filem terhadap orang ramai. Inilah sebab mengapa garis panduan tertentu diperlukan dalam industri filem, seperti yang dilakukan oleh Malaysia selama bertahun-tahun.”- tulisnya di laman Twitter

“Kadang-kadang garis panduan ini mungkin kelihatan memberi kekangan, namun terserah kepada industri untuk menjadi se kreatif mungkin dalam garis panduan tersebut. Semoga Malaysia sentiasa aman damai!Amin” Tambahnya lagi

Sekiranya anda tidak tahu, filem The Purge yang diarahkan oleh James DeMonaco merupakan sebuah filem yang menggunakan latar masa tahun 2022 di mana pada masa itu segala kegiatan jenayah adalah dibenarkan untuk satu malam pada setiap tahun.

Nampaknya pandangan Janna tidak disambut baik oleh netizen. Penggemar filem mula menunjukkan rasa marah dan keliru dengan kenyataannya.

Adakah Janna memberi kenyataan sarkastik ataupun sebaliknya. Murai MY telah berusaha untuk memahami apa yang Janna maksudkan, namun setiap orang berhak untuk bersuara. Yang tak boleh terima tu dan mengecam, terpulang lah! Tapi jangan terlalu yakin pendapat dan kritikan anda selalu betul.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Khai Bahar Suap Makanan Dekat Krew, Curi Perhatian Ramai!-"Bagusnya Dia"
filemjanna nick
https://lomp.at/k9s4y
Share18Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem