Pelakon Bollywood, Priyanka Chopra dan ibunya Madhu Chopra baru-baru ini diserbu oleh polis kerana melanggar peraturan lockdown di London, England. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika mereka sedang melakukan rawatan rambut di salah satu salon terkenal di London.
Pada hari Rabu (6/1) petang, Priyanka dan Madhu dilihat memasuki sebuah salon milik pendandan rambut selebriti Josh Wood.
Priyanka kini tinggal di London bersama suaminya Nick Jonas, 28 dilihat tiba di kedai di samping ibunya Madhu sebelum dua pegawai polis tiba dengan sebuah kereta polis dan kelihatan memberi arahan supaya pelanggan untuk keluar.
“Polis diberitahu sekitar jam 5:40 petang pada hari Rabu, 6 Januari untuk laporan pelanggaran COVID-19 yang berlaku di dalam salon pendandan rambut di Lansdowne Mews, Notting Hill,” kata seorang jurucakap polis seperti yang dipetik oleh Dailymail.
Seperti diketahui, UK kini berada di menjalani lockdown Covid-19 kerana penyebaran varian virus terbaru. Semua orang tidak dibenarkan melakukan aktiviti buat sementara waktu.
Sekiranya ada yang melanggar peraturan lockdown, mereka akan dikenakan denda 10 ribu euro.
“Para petugas dan pemilik salon diberi peringatan lisan tentang pentingnya mematuhi semua peraturan yang berkaitan dengan COVID-19. Tidak ada notis penalti yang dikeluarkan,” kata jurucakap itu.
Priyanka telah terlepas dari denda setelah menunjukkan dokumen polis yang menyatakan bahawa dia ke salon bagi mewarnakan rambut untuk menjayakan sebuah filem. Salon dibuka secara private untuk produksi dan semua orang yang terlibat telah membuat ujian saringan dan mematuhi peraturan produksi filem.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.